RHB naikkan BR, BLR, BFR pada 18 Mei

RHB naikkan BR, BLR, BFR pada 18 Mei

KUALA LUMPUR – RHB Banking Group akan melaras naik kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas/pembiayaan asas (BLR/BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei, 2022, selajar dengan peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia hari ini (Rabu).

Kumpulan perbankan itu berkata, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaik kadar asas mereka daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus setahun dan juga melaras naik BLR/BFR daripada 5.45 peratus kepada 5.70 peratus setahun.

“Sejajar dengan pelarasan itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan dinaikkan berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu. -Bernama

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber