redONE tawar pelan pascabayar serendah RM38

redONE tawar pelan pascabayar serendah RM38

SHAH ALAM – redONE melalui promosi Raya redONE telah melancarkan semula Pelan Pascbayar Amazing iaitu Amazing38 dan Amazing58 dengan lebih banyak data pada harga yang sama sempena Hari Raya Aidilfitri.

redONE dalam satu kenyataan berkata, promosi tersebut bermula 21 April 2022 dan diadakan dalam tempoh yang terhad.

“Kedua-dua pelan itu mempunyai kelajuan internet yang lebih baik dan mempunyai khidmat nilai tambah (VAS) baharu yang dikenali sebagai redSURF. RedSURF membolehkan pengguna melayari media sosial dan saluran penstriman video dengan data yang disediakan,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, pelan Amazing58 didatangkan dengan data sebanyak 67GB dan 22GB kelajuan data serta 45GB redSURF (sebanyak 1.5GB setiap hari) dan pelan itu berharga RM58 sebulan.

“Pelan Amazing38 didatangkan dengan 40GB data yang mempunyai 10GB kelajuan data dan 30GB redSURF (sebanyak 1GB setiap hari) dan pelan ini berharga RM38 sebulan.

“Kedua-dua pelan ini didatangkan dengan tiada had panggilan untuk semua rangkaian,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, manfaat lain daripada pelan ini ialah tidak ada kontrak yang disediakan dan pelanggan yang disenaraihitam dibenarkan untuk mendaftar.

Sumber