Raya paling bermakna AEON BiG

Raya paling bermakna AEON BiG

SHAH ALAM – Keluarga B40, anak-anak yatim dan orang ramai yang hadir menyertai Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf pada Isnin, berpeluang menikmati juadah berbuka puasa disediakan oleh AEON BiG (M) Sdn Bhd (AEON BiG) dengan kerjasama Sinar Harian pada Isnin.

Ketua AEON BiG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed berkata, sebanyak 525 pek makanan disumbangkan sebagai salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya pada bulan Ramadan tahun ini.

SHEIKH FAROUK

SHEIKH FAROUK

“Kami di AEON BiG bersyukur dapat bekerjasama dengan Sinar Harian untuk program bersama komuniti ini. Kami menyedari pelanggan AEON BiG kebanyakannya dalam kalangan pembaca Sinar Harian.

“Justeru, pada tahun ini kami banyak mengadakan program bersama dengan akhbar ini,” katanya ketika ditemui pada Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf di sini pada Isnin.

Tambahnya, selain program berkenaan, AEON BiG pada Sabtu dan Ahad lalu telah mengagihkan sebanyak 50,000 bubur lambuk di semua 34 AEON Store dan 21 AEON BiG seluruh Semenanjung Malaysia.

Syawal kali ini membawa sinar baharu kepada anak-anak yatim yang mendapat sumbangan daripada AEON BiG.

Syawal kali ini membawa sinar baharu kepada anak-anak yatim yang mendapat sumbangan daripada AEON BiG.

Pihaknya turut meraikan anak-anak yatim di AEON BiG dengan pembelian persiapan kelengkapan hari raya mengikut keperluan masing-masing bernilai RM200.

“Raya tahun ini ibarat ‘raya penuh makna’. Dua tahun pandemik, ramai yang terkesan dari segi kewangan, kehilangan kerja, hilang keluarga atau rakan-rakan.

“Melalui program dan sumbangan seperti ini, kami mahu mengembalikan semangat dan keceriaan orang ramai terutamanya golongan memerlukan supaya raya yang disambut tahun ini penuh bermakna.

“Kami mahu berkongsi rezeki tanpa melibatkan pembaziran dan program ini (sumbangan juadah berbuka) sangat bertepatan.

Sheikh Farouk (kiri) berbuka puasa bersama kakitangan AEON BiG pada majlis Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

Sheikh Farouk (kiri) berbuka puasa bersama kakitangan AEON BiG pada majlis Iftar Ala Madinah @Karangkraf.

“Malah, program CSR kami ini tidak hanya terhad untuk anak yatim pada bulan Ramadan sahaja tetapi bulan-bulan yang lain juga termasuk ketika bencana seperti banjir besar di Shah Alam tahun lalu,” katanya.

Ketua Pemasaran AEON BiG, Nazwan Effendy Choong bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah bersama anak-anak yatim dan golongan B40 yang menerima sumbangan pada majlis Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Ketua Pemasaran AEON BiG, Nazwan Effendy Choong bersama Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah bersama anak-anak yatim dan golongan B40 yang menerima sumbangan pada majlis Iftar Ala Madinah @Karangkraf di Kumpulan Karangkraf pada Isnin.

Menurut beliau, AEON BiG sentiasa prihatin dan menganjurkan program untuk membantu komuniti memerlukan.

Beliau mengalu-alukan golongan korporat dan rakyat Malaysia umumnya untuk sama-sama menghulurkan bantuan.

Beliau dalam pada itu, akui gembira melihat situasi ekonomi semasa kini yang telah mengubah landskap kehidupan masyarakat setempat.

Katanya, ia dapat dilihat daripada jumlah pelanggan AEON BiG yang semakin ramai datang membeli-belah, khususnya dalam tempoh dua minggu terakhir menjelang raya.

Sumber