Rasulullah SAW melarang kita tiup minuman

Rasulullah SAW melarang kita tiup minuman

APABILA dihidangkan dengan minuman panas, secara automatik kita pasti akan meniup dulu minuman berkenaan lalu menghirupnya, bukan?

Ya, mungkin bukan semua orang bersikap begitu.

Barangkali ada yang lebih selesa membiarkan air itu agak suam baru diminum.

Itulah yang sebaik-baiknya berbanding meniup minuman panas sebelum menghirupya.

Bahkan, Rasulullah SAW sendiri tidak pernah meniup minuman panas sebagaimana yang kita lakukan.

Abu Said al-Khudri RA melaporkan bahawa Rasulullah SAW melarang meniup ke dalam minuman. Ada seorang lelaki berkata: “Ada kotoran yang saya lihat di dalam wadah itu.”

Rasulullah SAW menjawab: “Tuangkan saja (minuman yang ada kotoran itu).”

Orang itu berkata lagi: “Sesungguhnya saya ini belum merasa puas minum daripada sekali nafas.”

Rasulullah SAW berkata lagi: “Kalau begitu, singkirkanlah dulu wadahnya itu daripada mulutmu dan bernafaslah di luar wadah.” (Riwayat Imam Tirmidzi dan Abu Dawud)

Bukan sahaja dilarang meniup minuman, Rasulullah SAW juga melarang kita daripada minum sambil berdiri.

Ia bukan sahaja perbuatan kurang sopan, tetapi hukumnya adalah makruh.

Sabda Rasulullah SAW: “Janganlah sekali-kali seseorang daripada engkau semua itu minum sambil berdiri, maka barang siapa yang lupa, maka hendaklah memuntahkannya.” (Riwayat Muslim)

Walaupun perkara itu amat remeh, tetapi Islam merupakan agama yang mementingkan adab dan sopan ketika minum.

Sedar atau tidak, ia sebenarnya menggambarkan keperibadian kita.

(Sumber: Muhd Nasruddin Dasuki)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *