RAFFA AFFAR MUNCUL DENGAN LAGU TIARA

RAFFA AFFAR MUNCUL DENGAN LAGU TIARA

Selepas lagu hitnya “Cinta Sampai Mati,” Raffa Affar mengeluarkan “Tiara,” sebuah lagu yang ditulis semata-mata oleh Dato’ M. Nasir yang sebelum ini terkenal dengan kumpulan Kris.

Raffa Affar, seorang pemuda dari Jawa Barat, Indonesia, merupakan tokoh terkenal di media sosial, dengan hampir 4 juta pengikut di aplikasi Tik Tok, kerana merakam semula (mengcover) lagu “Tiara,” yang terkenal di tahun 1990an…

Raffa memainkan lagu “Tiara,” yang pernah menjadi lagu “slow rock”, dengan gayanya yang tersendiri.

Apabila ditanya kenapa memilih “Tiara” daripada beribu lagu malar segar daripada negara jiran Malaysia, Raffa menjawab “lagu ini dekat dalam hati saya dan saya rasa bahagia apabila dapat menyanyikan lagu ini.

Raffa terkenal dengan suaranya yang luar biasa dan penampilan muda yang menarik, selain lagu singlenya “Cinta Sampai Mati,” yang menjadi viral di TikTok.

“Pada masa ini menjadi trend lagu Malaysia untuk dirakam semula oleh artis Indonesia,” kata Aidilhayat Omar, Pengarah Urusan Hayat Kreatif Studio. Pengaruh lagu-lagu komposer tanah air yang sentiasa baharu ternyata menular ke negeri jiran tanpa mereka memahaminya.

Hayat Kreatif Studio yang bertanggungjawab dalam pengedaran dan promosi lagu Raffa di Malaysia percaya pilihan lagu Tiara adalah sesuai. Setiap hari, saluran youtube Raffa mendapat lebih 300,000 tontonan. Mengikuti Raffa, ramai orang di Indonesia telah mula merakam semula lagu “Tiara.”

Aidilhayat melahirkan rasa terima kasih kepada Dato M. Nasir dan Luncai Emas Sdn Bhd kerana memberi kebenaran untuk merakam semula “Tiara.” “Proses pelesenan hak cipta telah dipermudahkan oleh Luncai Emas Sdn Bhd,” tambah Aidilhayat.

Hayat Kreatif Studio turut merasakan hasil kerjasama ini, amalan merakam semula lagu-lagu popular seperti Tiara akan diteruskan, kerana ia membolehkan muzik lama diperkenalkan semula kepada remaja masa kini.

“Tiara,” lagu kedua daripada Hayat Kreatif Studio dan Botram Media Entertainment, kini tersedia. Manakala hak cipta lagu ini dimiliki oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Muzik video lagu “Tiara” nyanyian Raffa Affar telah disiarkan di akaun Youtube Hayat Kreatif Studio untuk tontonan umum, dan lagu itu kini boleh didengari di semua platform.