#QuranHour bina karakter Muslim sejati

#QuranHour bina karakter Muslim sejati

SHAH ALAM – Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (YWUI) yang bernaung di bawah Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) telah ditubuhkan pada 31 Julai 2013 bagi membawa misi berinteraksi dengan al-Quran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Marhaini Yusoff berkata, ia dilaksanakan melalui pendekatan baca, faham dan mengamalkan nilai-nilai al-Quran bagi melahirkan karakter Muslim sejati yang lebih baik.

Menurutnya, terdapat tiga inisiatif dilakukan YWUI antaranya penubuhan Rumah Ngaji yang memberikan pengajian al-Quran percuma supaya masyarakat Islam pelbagai lapisan dapat berinteraksi dengan al-Quran.

Marhaini berkata, keduanya, pelaksanaan #QuranHour di peringkat keluarga, organisasi, komuniti, negara dan dunia dijalankan agar pengajaran murni nilai-nilai al-Quran dapat diaplikasikan dan dilaksanakan dengan baik selain bertujuan membina hubungan baik melalui Sahabah al-Quran sebagai satu cara agar bekerjasama mengangkat nilai-nilai murni daripada kitab suci itu.

Berikut merupakan kenyataan penuh YWUI:

YWUI melalui 3 inisiatif di atas komited membawa matlamat ke arah melahirkan Bangsa Berbudi dan Penyayang sebagaimana mesej besar tentang compassion yang ada di dalam al-Quran.

Dapatan dari pelaksanaan Malaysia #QuranHour dan World #QuranHour sejak 2015 yang telah diadakan di lebih 3,000 lokasi di Malaysia, 300 lokasi di 70 buah negara serta mencapai 1.46 bilion capaian di media sosial, kempen ini telah membantu membina ikatan yang lebih baik di kalangan orang Islam dan bukan Islam dalam negara Malaysia serta hubungan lebih baik di peringkat antarabangsa.

Keystone habit atau tabiat yang dilahirkan adalah agar orang Islam mencintai al-Quran dan melaksanakan nilai-nilai compassion di dalam al- Quran, mendirikan solat dan suka memberikan infak atau memberi sumbangan sama ada kepada Muslim atau bukan.

Quran, solat dan infak adalah modul kepada orang Islam di dalam membentuk jiwa yang berbudi dan penyayang seterusnya membina karakter Muslim sejati yang lebih baik, selari dengan hasrat negara Malaysia saat ini untuk membina negara rahmah dan Malaysia menjadi model kepada negara Muslim yang lain tentang karakter sebenar seorang Muslim.

Dapatan kami dalam tempoh tujuh tahun pelaksanaan kempen ini, terutamanya di syarikat dan organisasi, dari 10 orang, sekitar 7 hingga 9 orang tidak boleh membaca al-Quran, apatah lagi memahami isi kandungan al-Quran yang sarat dengan nilai-nilai mulia yang perlu dipraktikkan.

Kami percaya, dengan dorongan agar orang Islam mula back to basic, membaca dan membudayakan al-Quran akan menguntungkan bukan Islam kerana amalan itu akan menjadikan orang Melayu Islam menjadi lebih baik dan lebih adil kepada mereka.

Modul Berinteraksi dengan al-Quran ini telah membantu banyak proses pemulihan di penjara di kalangan Muslim, menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, ketagihan, membantu penerapan budaya keselamatan lebih baik di syarikat serta memantapkan perpaduan di dalam komuniti.

Hanya dengan kembali memahamkan dan melakukan ajakan agar kita kembali kepada nilai-nilai murni dan mulia sebagaimana ada di dalam panduan agama akan membantu membentuk suasana yang lebih baik di dalam keluarga, komuniti, negeri dan negara.

Pengukuhan integriti dan pemantapan toleransi adalah elemen penting di dalam proses mengupayakan ummah agar lebih kompetitif dan berdaya maju.

Setelah kempen di peringkat negara dan dunia, matlamat sebenar kempen ialah ke arah My #QuranHour iaitu satu jam bersama al-Quran selama 365 hari kepada semua Muslim sehingga lahir karakter berbudi dan penyayang sebagaimana panduan dari al-Quran.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *