Program sumbangan kasut bola Yakult meriah

Program sumbangan kasut bola Yakult meriah

YAKULT (Malaysia) Sdn Bhd meneruskan komitmen bersama masyarakat apabila mengadakan program sumbangan kasut bola sepak selepas ia ditangguhkan sejak pandemik Covid-19.

Ia merupakan tahun keenam Yakult menganjurkan program itu dengan menyasarkan tiga sesi sumbangan kasut bola di tiga lokasi sekolah berbeza di Melaka, Pahang dan Kota Bharu.

Yakult dalam satu kenyataan menyebut, program kali ini merupakan lokasi ketiga dan terakhir yang berlangsung di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Jenereh, Machang.

“Sebanyak 26 pasang kasut bola sepak terpakai disumbangkan kepada pelajar yang memerlukan,” katanya.

Yakult pada Mei lalu mengadakan program sama di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Alor Gajah Melaka dan pada Jun pula aktiviti serupa turut diadakan di padang awam MDCH, Tanah Rata Cameron Highland.

Pada kedua-dua program itu sebanyak 78 pasang kasut telah disumbangkan kepada pelajar SJKT Alor Gajah dan murid SK Lemoi, Pahang.

“Ketiga-tiga program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pihak sekolah dan penduduk,” katanya.

Kasut yang disumbangkan kali ini adalah kasut bola terpakai dari Kota Kashima di Jepun.

Program itu turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Yakult Malaysia Sdn Bhd, Hiroki Yanase.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Yakult bagi berkongsi kegembiraan bermain bola sepak dalam kalangan pelajar sekolah yang memerlukan dan menggalakkan mereka aktif dalam sukan.

Yanase berkata, Yakult menekankan kepentingan yang besar kepada aktiviti sukan dan kesihatan dalam inisiatif CSR mereka.

“Misi syarikat kami adalah untuk membawa kesihatan dan kebahagiaan kepada orang ramai dan salah satu cara yang boleh kami lakukan adalah melalui sukan,” katanya.

Menurt Yanase, apabila memikirkan minuman probiotik seperti Yakult, ramai dalam kalangan pengguna mungkin tidak secara automatik mengaitkannya dengan sukan.

Bagaimanapun katanya, kajian saintifik telah menunjukkan bahawa probiotik sangat penting untuk diambil semasa bersukan atau selepas melakukan aktiviti lasak.

“Ini kerana selepas bersukan, imuniti kita akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan badan kita terdedah kepada risiko demam dan selsema.

“Seperti kebanyakan orang sedia maklum, meminum Yakult boleh membantu meningkatkan fungsi usus, yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Akta dan Peraturan Makanan sejak 2017,” katanya.

Yanase memberitahu, pengambilan Yakult selepas aktiviti sukan dapat menguatkan imuniti dan mengurangkan risiko jangkitan kerana 80 peratus daripada imuniti manusia terletak pada usus.

“Ini terbukti dengan penyelidikan yang dijalankan di United Kingdom oleh Profesor Michael Gleeson dari Universiti Loughborough dalam kalangan sekumpulan atlet yang menjalani latihan sukan yang agak berat,” katanya.

Aktiviti CSR itu adalah selaras dengan falsafah korporat Yakult iaitu pencegahan penyakit (konsep mencegah lebih baik daripada mengubati), usus yang sihat, panjang umur dan kesihatan yang baik untuk semua pada harga yang berpatutan.

Sumber