Produk makanan bumiputera mendapat tempat di pasaran

Produk makanan bumiputera mendapat tempat di pasaran

Industri makanan berperanan penting dalam mempengaruhi ekonomi negara, malah dikatakan salah satu industri yang ‘tidak akan mati’. Peningkatan terhadap produk makanan dipengaruhi oleh permintaan pengguna.

Produk makanan akan menjadi kegilaan dan popular bukan sahaja kerana jenamanya tetapi rasa dan kualiti. Rakyat Malaysia bertuah kerana dimeriahkan dengan lambakan produk makanan tempatan yang memenuhi kriteria.

Sokonglah barangan Malaysia dan kenali siapa di sebalik produk keluaran tempatan yang mungkin selama ini menjadi antara produk pilihan anda.

Jenama makanan: Fatihah
Jenis makanan: Sejuk beku
Pengasas: Fatihah Anis Ibrahim
Produk pertama: Karipap
Senarai produk: Royale Paratha Durian, Royale Paratha Garlic, Roti Canai dan Roti Boom

Jenama makanan: Fatihah
Jenis makanan: Sejuk beku
Pengasas: Fatihah Anis Ibrahim
Produk pertama: Karipap
Senarai produk: Royale Paratha Durian, Royale Paratha Garlic, Roti Canai dan Roti Boom

Fatihah Frozen Food Sdn Bhd (Fatihah) bermula dengan karipap pusar sejak lebih 30 tahun lalu.

Fatihah yang diasaskan oleh Fatihah Anis Ibrahim kini mengeluarkan lebih 20 jenis makanan sejuk beku seperti roti paratha, roti boom, kuih-muih tradisional dan aiskrim goreng.

“Produk kami dijamin halal dan telah mempunyai pensijilan HACCP dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengiktirafan sijil Halal Jakim, Mesti dan Good Manufacturing Practice (GMP).

“Ramai yang kenal Fatihah melalui ekspo, pernah dilabel ‘muka ekspo’. Kini produk Fatihah boleh didapati di pasar raya terkemuka dan aktiviti promosi terus dijalankan untuk kukuhkan jenama,” kata Fatihah Anis yang juga Pengarah Urusan syarikat.

Produk roti pertama Fatihah dengan menggunakan mesin ialah Royale Paratha Original. Lebih membanggakan, Fatihah turut diterima di China, Brunei dan Singapura.

Jenama: Ryverra, Estana ReeVo
Jenis makanan: Coklat
Pengasas: Sharil Omar & Muzairee Daud
Produk pertama: Strawberi bersalut coklat
Senarai produk: Estana Chocolate Bar, Estana Chocolate Box, Estana Tirmaisu
Chocolate, Estana Simply Chocolate Bars, Ryverra Premium Drink dan Reevo
Chocolate Malt

Jenama: Ryverra, Estana ReeVo
Jenis makanan: Coklat
Pengasas: Sharil Omar & Muzairee Daud
Produk pertama: Strawberi bersalut coklat
Senarai produk: Estana Chocolate Bar, Estana Chocolate Box, Estana Tirmaisu
Chocolate, Estana Simply Chocolate Bars, Ryverra Premium Drink dan Reevo
Chocolate Malt

SYARIKAT bumiputera, Ryverra Chocolate & Confectionery Sdn Bhd (Ryverra) komited mengeluarkan produk coklat dan berjaya menembusi pasaran Arab Saudi, China,Singapura dan Dubai.

Sharil Omar selaku Pengarah Eksekutif mengusahakan syarikat bersama rakannya, Muzairee Daud pada tahun 2008 bermula di sebuah rumah pangsa tiga bilik.

“Kami bermula dari bawah dan menjual coklat di kios, menyediakan tempahan cenderahati untuk majlis perkahwinan dan hari jadi. Kini permintaan Ryverra semakin berkembang.

“Kami mahu menembusi pasaran serantau dengan menjadikan Indonesia sebagai negara pertama. Kesemua produk Ryverra telah mendapat pengiktirafan Halal Jakim,” kata Sharil.

Untuk meyakinkan pengguna pada awal pengeluaran Ryverra, mereka bertemu penggemar-penggemar coklat melalui pemberian sampel produk secara percuma.

’Let’s Our Chocolate Do the Talking’, antara usaha yang dilakukan. Produk Ryverra terpilih sebagai produk IKS Top 20 dalam program ‘Realisasikan Impianmu bersama Shell’.

Jenama: Pertima
Jenis makanan: Dalam tin
Pengasas: PMINT
Produk pertama: Sardin
Senarai produk: Sardin Dalam Sos Tomato,
Sardin Family, Kari Ayam, Kuah Sate, Kuah Laksa Terengganu, sambal bilis dan kaya

Jenama: Pertima
Jenis makanan: Dalam tin
Pengasas: PMINT
Produk pertama: Sardin
Senarai produk: Sardin Dalam Sos Tomato,
Sardin Family, Kari Ayam, Kuah Sate, Kuah Laksa Terengganu, sambal bilis dan kaya

SYARIKAT pengeluar produk makanan dalam tin, Pertima Terengganu Sdn Bhd (Pertima) giat meningkatkan pengeluaran ke tahap maksimum bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Pertima yang ditubuhkan pada 1972 adalah anak syarikat Kerajaan Negeri Terengganu (PMINT) dan menjalankan operasi pengeluaran di Chendering, Terengganu.

“Pertima mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 100 peratus sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan disebabkan penularan koronavirus (Covid 19),”kata Pengurus Besarnya, Syed Mohd Asdi Tuan Ngah.

Bagi mengukuhkan kedudukan Pertima, syarikat melantik ejen dan pengedar baharu serta melaburkan RM1 juta untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran pada masa akan datang.

Pertima memiliki persijilan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mesti oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, HACCP dan ISO. Pertima turut dianugerahkan ‘World Halal Bestbrand Award’ oleh Brandlaurette.

Jenama: Noraini’s Cookies
Jenis makanan: Kuih dan biskut
Pengasas: Noraini Ahmad
Produk pertama: Kuih-muih basah
Senarai produk: Butter Cookies, Blackcurrant Cookies dan GoodKiss

Jenama: Noraini’s Cookies
Jenis makanan: Kuih dan biskut
Pengasas: Noraini Ahmad
Produk pertama: Kuih-muih basah
Senarai produk: Butter Cookies, Blackcurrant Cookies dan GoodKiss

NORAINI’S Cookies berada di pasaran lebih 30 tahun lalu dengan jualan kuih tradisional dan biskut raya sebagai permulaan.

Kini Cookies Worldwide Sdn Bhd (Noraini Cookie’s) telah memasarkan pelbagai jenis biskut dan tepung serbaguna.

Menurut Pengarah Noraini’s, Hezlee Ezha Norsham Mohd Shamsi, pada awal perniagaan mereka bergantung sepenuhnya kepada promosi dari mulut ke mulut.

“Kualiti produk membuatkan kami lebih mudah dikenali. Pihak agensi kerajaan juga banyak bantu mempromosi produk di ekspo-ekspo,” ujarnya.

Produk yang dikeluarkan Noraini Cookie’s bercirikan harga mesra rakyat dan terdapat dihampir semua kedai RM2.

Terkini, Noraini’s Cookies lebih dikenali dengan produk tepung adunan segera, malah permintaan masyarakat terhadap tepung adunan segera melebihi produk biskut.

“Cabaran Covid-19 telah membuka ruang kepada kami untuk menjual produk di platform e-dagang dan saluran ini sesuai untuk jangka masa yang panjang,” katanya.

#barangbaikbarangkita

#belanjauntukmalaysia

#Kpdnhep



Sumber