POPLOOK genap satu dekad

POPLOOK genap satu dekad

POPLOOK, salah satu kedai dalam talian terulung di Malaysia yang mengkhusus dalam fesyen Muslimah moden genap sepuluh tahun sejak ditubuhkan pada tahun 2009.

Mempunyai lebih daripada 1,500 rekaan dan kehadiran yang kukuh dalam kalangan kaum wanita di Malaysia serta Singapura, tujuan POPLOOK ditubuhkan adalah untuk menjadi pemimpin pasaran dalam fesyen sederhana dengan menawarkan produk berkualiti tinggi serta perkhidmatan pelanggan yang cemerlang.

Dulu dikenali sebagai thepoplook.com, label fesyen tempatan ini kini memiliki pelanggan di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei, Indonesia dan Australia. Sepanjang sedekad yang lalu, POPLOOK berjaya mencapai beberapa matlamat terkandung dalam senarai pencapaian mereka. Antaranya adalah pelancaran label fesyen dalamannya yang dikenali sebagai POPPY, pembukaan tiga kedai fizikal di tiga pusat beli-belah yang berlainan di Lembah Klang, penubuhan ‘POPLOOK Gives Back’ iaitu garis amal yang tidak bermotifkan keuntungan dan penyertaan sulungnya di Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2018.

Dengan matlamat untuk memenuhi kedermawanan melalui fesyen, inisiatif POPLOOK Gives Back dilancarkan pada tahun 2015. Berkolaborasi dengan seorang selebriti dan sebuah badan amal pilihan mereka, di mana 30 peratus daripada hasil yang diperoleh dari koleksi edisi terhad akan disumbangkan kepada badan amal tersebut bagi membiayai kerja-kerja permulaan, peluang sosial dan penyelidikan mereka.

Antara badan-badan amal POPLOOK telah bekerjasama adalah SPCA, Landskap Malaysia, Giving Opportunities to the Learning Disabled (GOLD) and Pusat Penyelidikan Kanser Malaysia.

Kini dalam tahun yang kelima, kolaborasi seterusnya akan dilaksanakan dengan Hope Worldwide Malaysia bersama Sari Yanti, seorang pelakon masyhur dikenali dengan peranannya sebagai Kaisara dalam siri drama, Kisah Kaisara.

Pada tahun 2018, POPLOOK menyaksikan penyertaan sulungnya di KLFW 2018 dengan koleksi Summer Romance yang direka khas untuk acara fesyen tersebut.

Sumber inspirasi untuk koleksi tersebut datang dari bangunan-bangunan berwarna-warni di bandar Havana, Cuba. Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang jatuh cinta di sebuah tempat yang amat romantis dan hatinya dipenuhi dengan kegembiraan yang menyinari dirinya. Koleksi siap pakai tersebut mencerminkan ciri-ciri kewanitaan dan busana mudah dipadan yang dihiasi dengan katun renda trim dalam tona warna merah tua, maroon, perang dan zaitun.

Ketua pereka fesyen POPLOOK, Nik Amanina Liyana Nik Abd Aziz adalah penggerak di sebalik sebahagian besar koleksi jenama ini. Objektif POPLOOK ialah mereka busana praktikal untuk wanita tanpa berkompromi dengan gaya.

Beliau mengetuai penciptaan dan hala tuju koleksi daripada menghasilkan papan mood, merancang, memilih fabrik serta menetapkan nada dan suasana koleksi. Untuk koleksi Summer Romance, beliau mereka semula semua penampilan yang dipamerkan semasa KLFW 2018 untuk menghasilkan versi yang lebih sesuai dengan gaya dan pilihan pelanggan.

Bagi wanita yang ingin menampilkan sisi feminin serta sofistikated mereka, inginkan busana yang praktikal dan sederhana tanpa berkompromi dengan gaya, boleh kunjungi kedai rasmi POPLOOK di Shopee https://shopee.com.my/poplookoutlet untuk menerokai pelbagai gaya busana yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *