PKNS janjikan kediaman impian

PKNS janjikan kediaman impian

PROJEK perumahan Antara Gapi di Serendah boleh dianggap antara projek penempatan terbaik yang ditawarkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dengan pelbagai prasarana dan kemudahan lengkap.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain berkata, sejak dibuka pada tahun 1995 dengan keluasan keseluruhan 385.50 hektar dan melibatkan enam seksyen, sebanyak 1,947 unit rumah kediaman dan 111 unit kedai dibangunkan di Antara Gapi.

Menurutnya, projek pembangunan itu siap tahun ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jualan hampir 70 peratus.

“Apabila menyebut Antara Gapi mungkin orang ramai sukar untuk mengenalinya tetapi apabila kita sebut Serendah, mereka tahu kerana kawasan ini memiliki pelbagai kemudahan termasuk padang golf.

“Antara Gapi merupakan antara bandar baharu yang dibina oleh PKNS dengan menghubungkan Bernam Jaya dan Kota Puteri,” katanya ketika wawancara bersama media sempena sambutan 56 tahun PKNS di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Tengah, Azmi Adnan; Pengurus Kanan Jualan Hartanah Wilayah Tengah, Ishak Hashim dan Pengurus Kanan Jualan Hartanah Wilayah Utara, Azilah Arshad.

Mohd Azizi berkata, akses yang menghubungkan bandar-bandar utama di kawasan sekitar termasuk ke Kuala Lumpur merupakan ciri utama yang menggamit pembeli untuk memiliki kediaman Antara Gapi.

Antara Gapi merupakan antara bandar baharu yang dibina oleh PKNS dengan menghubungkan Bernam Jaya dan Kota Puteri.

Antara Gapi merupakan antara bandar baharu yang dibina oleh PKNS dengan menghubungkan Bernam Jaya dan Kota Puteri.

Katanya, antara lebuhraya yang menghubungkan antara Antara Gapi termasuk Lebuhraya Plus, Guthrie, Latar dan Rawang Bypass.

“Malah kemudahan awam lain turut tersedia seperti sekolah, surau, kemudahan riadah dan pusat-pusat komersial yang dibangunkan di sini.

“Pusat rekreasi yang ada di sekitar kawasan ini juga menjadi tarikan pembeli dengan adanya Taman Rekreasi Telaga Tujuh Serendah, Air Terjun Serendah, Hulu Tamu Hot Springs, Batang Kali dan sebagainya,” katanya.

Mohd Azizi berkata, pelanggan ditawarkan diskaun sehingga 20 peratus atau RM150,000 menerusi Program 48 Jam Mesti [email protected] Gapi.

Menurutnya, program yang memasuki edisi kelima sejak dianjurkan November tahun lalu itu melibatkan tiga projek perumahan Antara Gapi dengan 354 unit tersedia bagi rumah link dua tingkat (Widuri), rumah berkembar dua tingkat (Azhara) dan rumah berkembar (Cassia).

Sementara itu, Mohd Azizi berkata, PKNS berjaya meraih nilai jualan sebanyak RM18,691,600 bermula di Kota Puteri pada 2 dan 3 November 2019 (RM5,621,000), diikuti Antara Gapi pada 22 dan 23 Februari 2020 (RM4,489,000), jualan secara atas talian pada 20 hingga 21 Jun 2020 dan Bernam Jaya pada 18 dan 19 Julai 2020 (RM6,381,600).

Justeru katanya, pihaknya mensasarkan nilai jualan sebanyak RM4 juta bagi program yang akan berlangsung hujung bulan ini selain menyediakan pelbagai lagi tawaran menarik pada jualan penghujung tahun ini.

“Kita harap orang ramai yang ingin memiliki rumah kediaman yang serba lengkap merebut peluang ini dan menikmati pakej-pakej ditawarkan,” katanya.

INFO

WIDURI

– Rumah Link 2 Tingkat

– Luas Lot 22’ x 65’

– Keluasan dari 1,915 kps

CASSIA

– Rumah Berkembar 2 Tingkat

– Luas lot: 40’ X 80’

– Keluasan dari: 2,375 Kps

AZHARA

– Rumah Berkembar 2 Tingkat

– Luas lot: 40’ X 80’

– Keluasan dari: 2,714 Kps

LAVENDER

– Rumah Berkembar 2 Tingkat

– Keluasan dari: 2,861 kps



Sumber