Persona untuk wanita pentingkan kecantikan

MEWANGI Worldwide (M) Sdn Bhd, melancarkan produk sulungnya dari segmen penjagaan kulit dan kecantikan, iaitu Persona yang merangkumi enam kebaikan dalam satu set produk.

Pengasasnya, Ayu Azmera Abd Moin berkata, ramai wanita diluar sana tidak dapat menguruskan diri, terutama untuk menggunakan produk penjagaan kulit yang pelbagai dalam satu masa.

“Persona 2 dalam 1 hadir untuk memudahkan mereka. Ia mempunyai enam kebaikan dalam satu set.

“Hanya dengan menggunakan set 2 dalam 1 yang disediakan, kulit pengguna akan merasa seperti memakai pencuci wajah mewah, masker menenangkan kulit, skrub yang membuangkan kotoran di pori kulit, serum wajah yang membuatkan kulit menjadi cerah dan tegang, krim siang SPF 30 dan krim malam untuk membantu memperbaharui sel,” katanya.

Selain itu, produk ini juga memberi peluang kepada individu di luar sana termasuk suri rumah yang teringin untuk menjana pendapatan boleh mengambil peluang ini menjadi jurujual Persona.

“Peniaga akan diberi tunjuk ajar termasuk mempromosikan produk secara atas talian dan membantu mereka lebih komited serta yakin dengan perniagaan yang dilakukan,” katanya.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *