Permulaan pagi lebih nutrisi

KINI, kebanyakan keluarga di bandar dengan gaya hidup yang sibuk sukar untuk meluangkan masa bagi menyediakan dan menikmati sarapan bernutrisi pada waktu pagi.

Melengkapi kekurangan tersebut, Dutch Lady Malaysia membekalkan susu Dutch Lady +Protein Baharu yang penuh dengan nutrisi lagi lazat.

Ia dapat memberikan keluarga anda permulaan pagi yang lebih kuat dengan protein berkualiti tinggi dan kalsium!

Protein merupakan asas pembentukan badan manusia, bagi menghasilkan rambut, kulit, mata, otot dan organ kita.

Nutrien tersebut bertindak seperti kru pembaikan dan pembinaan untuk tisu badan kita, membantu membina otot yang kuat bagi keperluan kehidupan seharian.

Oleh itu, pengambilan protein yang mencukupi dalam setiap hidangan adalah penting bagi memastikan badan kita berfungsi dengan optimum untuk prestasi terbaik, sama ada ketika berada di sekolah atau di tempat kerja.

“Minum Dutch Lady +Protein pada waktu pagi merupakan cara yang mudah untuk membekalkan tenaga dan nutrisi sepanjang hari.

“Yang paling penting, ia kaya dengan protein berkualiti tinggi, kalsium, dan penuh nutrien penting untuk membantu membina otot serta tulang yang kuat,” kata Pengarah Pemasaran Dutch Lady, Ramjeet Kaur Virik.

Ramjeet menekankan hanya dengan dua gelas Dutch Lady +Protein, ia dapat membantu memenuhi 40 peratus keperluan protein untuk membantu keluarga menjalankan aktiviti seharian.

Pakar Perunding Pemakanan dari Indra Balaratnam Nutrition – The Food Expert Clinic, Indra Balaratnam menyatakan, bukan semua protein itu sama.

Walaupun makanan harian seperti daging, ayam, telur, kacang kuda dan kekacang mengandungi protein, terdapat sesetengah protein mempunyai profil asid amino lebih lengkap berbanding yang lain, menjadikannya lebih bernilai untuk diet kita.

Indra Balaratnam

Indra Balaratnam

“Sumber protein haiwan seperti daging, makanan laut dan telur dianggap lebih lengkap secara biologi, atau lebih berkualiti tinggi berbanding protein daripada tumbuhan.

“Akan tetapi, makanan tersebut memerlukan masa untuk disediakan atau dimakan pada waktu pagi yang sibuk. Daging dan ikan yang terlebih masak boleh memusnahkan nutrien penting sekali gus menghalang penyerapan nutrien untuk badan,” kata Indra.

Indra juga berkongsi bahawa susu sedia diminum adalah pilihan sumber protein yang amat baik kerana tidak memerlukan persediaan yang sukar.

“Ramai tidak menyedari bahawa susu juga mengandungi protein berkualiti tinggi seperti daging di mana kedua-duanya kaya dengan 9 asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan kita.

“Protein daripada susu mudah dihadam, bermakna badan dapat menggunakan nutrien dengan efisien untuk meningkatkan kesihatan kita,” nasihat Indra.

Garis Panduan Pemakanan Malaysia mengesyorkan dua hingga tiga hidangan susu dan tenusu dalam sehari; satu hidangan susu bersamaan dengan 250 ml segelas.

Dutch Lady +Protein UHT 1L dan susu dipasteur 1L kini boleh didapati di pasar raya besar, pasar raya, pasar mini dan kedai runcit terpilih di seluruh negara.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *