Pereka Fesyen Duo Rizman Ruzaini Cabar Kreativiti Members Sebagai Penggaya Fesyen – ‘Master In The House Malaysia Episod 8’

Pereka Fesyen Duo Rizman Ruzaini Cabar Kreativiti Members Sebagai Penggaya Fesyen – ‘Master In The House Malaysia Episod 8’

Episod 8 Master In The House Malaysia memberikan members satu lagi pengalaman baharu dalam perkongsian ilmu dan kisah oleh pereka fesyen duo terkenal tanah air iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil yang membawa jenama Rizman Ruzaini yang mendapat tempat di hati selebriti dan juga orang-orang kenamaan. Seperti kebiasaan dalam episod sebelum ini, members diberikan sebuah cabaran iaitu untuk menjadi seorang penggaya fesyen! Adakah setiap members yang terdiri daripada personaliti dan citarasa berbeza mampu mengayakan fesyen mengikut peredaran masa kini?

Melalui episod pada kali ini, setiap members memperoleh ilmu berkaitan dunia fesyen termasuklah perjalanan bermulanya perniagaan Rizman Ruzaini sehingga kini. Master turut berkongsi perkara dan pengalaman yang tidak ketahui ramai seperti aktiviti kegemaran mereka bagi menghilangkan tekanan tempat kerja. Selain itu, members juga berpeluang melawat ke rumah pereka fesyen terkenal itu yang merupakan satu peluang eksklusif bagi mereka.

Tetamu jemputan yang merupakan seorang penyanyi dan pelakon turut digandingkan bersama-sama Hael Husaini, Scha Elinnea, Sharifah Rose, Andi Bernadee, dan Meyrasam. Ingin mengetahui tetamu jemputan tersebut? Semua terjawab dalam Master In The House Malaysia pada 5 Mac 2022 (Sabtu) jam 10.00 malam hanya di TV3.