Penipuan Deepfake Catat Kerugian RM500 Juta di Malaysia, HONOR Magic7 Pro Tampil dengan Penyelesaian AI

Penipuan menggunakan teknologi deepfake kini menjadi isu global yang kian meruncing. Di Malaysia sahaja, kerugian akibat penipuan ini dilaporkan mencecah RM500 juta pada tahun 2024, menurut laporan New Straits Times. Dengan bantuan kecerdasan buatan (AI), penjenayah mampu memanipulasi video dan audio untuk menyerupai individu terkenal seperti Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Lee Chong Wei, dan Khairul Aming. Modus operandi ini bertujuan memperdaya mangsa untuk menyerahkan wang atau maklumat peribadi mereka.

Sebagai langkah pencegahan terhadap ancaman ini, HONOR memperkenalkan HONOR Magic7 Pro, telefon pintar pertama di dunia yang dilengkapi teknologi AI Deepfake Detection. Teknologi ini direka untuk mengesan manipulasi digital dan melindungi pengguna daripada penipuan deepfake.

Teknologi AI pada HONOR Magic7 Pro memantau elemen-elemen seperti pandangan mata, pencahayaan, kejelasan imej, dan corak ulangan video semasa panggilan video. Dalam masa tiga saat, ia mampu mengenal pasti sebarang ketidaksempurnaan yang mungkin terlepas pandang oleh mata manusia. Jika penipuan dikesan, sistem akan mengeluarkan amaran segera pada skrin, memberikan pengguna perlindungan masa nyata terhadap deepfake.

Berita baik untuk peminat teknologi di Malaysia, HONOR Magic7 Pro bakal dilancarkan tidak lama lagi! Sebagai telefon pintar flagship terkini, ia membawa gabungan inovasi teknologi AI dan reka bentuk premium yang dijangka memenuhi keperluan pengguna moden.

Pendedahan lebih lanjut mengenai reka bentuk serta ciri-ciri istimewa HONOR Magic7 Pro akan diumumkan pada 9 Disember 2024. Untuk maklumat terkini, sila layari laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau lawati laman sesawang di www.honor.com/my.

Dengan kehadiran HONOR Magic7 Pro, pengguna kini mempunyai penyelesaian canggih untuk melindungi diri daripada ancaman digital, menjadikan pengalaman komunikasi lebih selamat dan terjamin.