PEMINAT BAKAL MENEMUI JELAJAH BUSKING GEGAR DI PANTAI TIMUR

PEMINAT BAKAL MENEMUI JELAJAH BUSKING GEGAR DI PANTAI TIMUR

Setiap Jumaat pada bulan September dari 15 September hingga 29 September 2023, di tiga negeri termasuk Terengganu, Kelantan, dan Pahang, semua peminat GEGAR digalakkan untuk memeriahkan lagi GEGAR Busking Tour untuk menikmati persembahan busking dan menyertai acara yang menyeronokkan.

Sila rujuk jadual Jelajah Busking GEGAR di bawah:

Tarikh & MasaLokasi Jelajah Busking GEGAR
15 Sept, 9 malamTerengganu
Tapak Foodtruck Dataran Drawbridge, Kuala Terengganu 
22 Sept, 9 malamKelantan
Uptown Dataran MARA, Kota Bharu
29 Sept, 9 malamPahang
Dataran Pantai Teluk Cempedak, Kuantan

Jelajah Busking GEGAR bakal menampilkan persembahan busking daripada selebriti-selebriti tempatan termasuk Naqiu, Amir Masdi, Floor 88, Ikhwan Fatanna, Naufal, Isma Sane, Syafiq Abdullah, Rief Daniel, Killa Driz, Nadia Rosli, Razzuan Rosli dan ramai lagi. Peminat GEGAR juga berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama personaliti-personaliti GEGAR termasuk Issey, Yucha dan Shah (GEGAR Pagi), Scha Musa (GEGAR 10-3), Ewan dan Rea (GEGAR Petang), dan Aswad Jalil (GEGAR Malam)

Selain persembahan busking, peminat GEGAR juga boleh mengambil bahagian dalam peraduan ‘Teka Kacang GEGAR’ yang akan dijalankan di tiga lokasi secara berasingan. Penyertaan dibuka kepada 50 peserta terawal untuk mendaftarkan diri dan lima peserta yang melepasi pusingan cabutan nama akan berpeluang untuk membuat tekaan bilangan kacang di lokasi busking. Peserta yang berjaya membuat tekaan tepat atau paling hampir akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 di setiap lokasi jelajah.

Untuk maklumat lanjut tentang Jelajah Busking GEGAR, layari gegar.syok.my atau ikuti platform media sosial GEGAR.

#GEGAR

#JELAJAHBUSKINGGEGAR

#TERENGGANU

#PAHANG

#KELANTAN