Pemain ekonomi dipelawa sertai dakwah budayakan al-Quran

Pemain ekonomi dipelawa sertai dakwah budayakan al-Quran

Barisan ahli Persatuan Rumah Ngaji Kelantan (PRNNK) menunjukkan akhbar Sinar Harian yang diperolehi pada Mesyuarat Agong PRNNK kali ke-3 di Kadok.

Barisan ahli Persatuan Rumah Ngaji Kelantan (PRNNK) menunjukkan akhbar Sinar Harian yang diperolehi pada Mesyuarat Agong PRNNK kali ke-3 di Kadok.

KOTA BHARU – Persatuan Rumah Ngaji Kelantan (PRNNK) menyasarkan 30 hingga 40 pemain ekonomi di negeri ini untuk menyertai usaha penyatuan ummah menerusi al-Quran.

Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim berkata, usaha dakwah dan ekonomi itu akan melibatkan amalan mengaji al-Quran serta impak yang akan diperolehi melalui pengamatan kitab tersebut dalam pekerjaan mahupun perniagaan.

Katanya, usaha permulaan julung kalinya dilakukan adalah bersama rakan baharu PRNNK iaitu Mydin Mall, Tunjong dan akan dilaksanakan di lebih banyak premis perniagaan yang lain selepas ini.

“Usaha penyatuan ummah ini tergendala berikutan Covid-19 dan kini perancangan serta strategi kembali disusun PRNNK dalam usaha menyatukan ummah menerusi al-Quran.

“Disasarkan antara 30 hingga 40 pemain ekonomi yang akan diajak bersama-sama membudayakan pembacaan al-Quran pada peringkat majikan sehingga ke dalam kalangan kakitangan mereka sendiri,” katanya selepas Mesyuarat Agong PRNNK kali ke-3 tahun 2022, di Kadok di sini, pada Sabtu.

Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim (dua dari kanan) melayan tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya PRNNK di Kadok, pada Sabtu.

Pengerusi Rumah Ngaji Kelantan, Datuk Adnan Hashim (dua dari kanan) melayan tetamu yang hadir ke Majlis Sambutan Hari Raya PRNNK di Kadok, pada Sabtu.

Turut diadakan serentak ialah Majlis Sambutan Hari Raya PRNNK yang dihadiri lebih 300 ahli persatuan itu.

Ujarnya, usaha-usaha penyatuan ummah menerusi dakwah kepada pemain ekonomi itu dijangka akan memberi manfaat kepada 400 pekerja dan keluarga serta kenalan sekeliling mereka.

“Kita mahu majikan melihat impak yang diperolehi terhadap perniagaan dan keuntungan selepas membudayakan al-Quran di tempat berniaga.

“Antara pendekatan unik yang dilakukan menerusi usaha penyatuan ummah ini ialah menyediakan kelas mengaji al-Quran secara percuma kepada anak-anak pengunjung pasar raya sementara ibu bapa mereka pergi membeli-belah,” katanya.

Sumber