Peluang menangi 9 model Honda

Peluang menangi 9 model Honda

ORANG ramai kini berpeluang memenangi salah sebuah daripada sembilan model Honda yang ditawarkan Honda Malaysia sempena Kempen Road to 900,000 Unit Milestone.

Kempen yang dianjurkan bagi meraikan kejayaan Honda Malaysia mencapai jualan 900,000 unit pada suku ketiga 2019 itu menawarkan hadiah terdiri daripada model seperti Jazz, City, BR-V, HR-V, City Hybrid, HR-V Hybrid, Civic, CR-V dan Accord.

Ia akan berlangsung di semua 90 pengedar sah dalam siri jelajah Honda seluruh negara bermula Ogos hingga September depan.

Untuk mendaftar atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen tersebut orang ramai dipelawa melayari laman web kempen honda.com.my/microsite/900k atau Facebook rasmi https://www.facebook.com/hondamalaysia.

Setelah mendaftar, orang akan menerima satu kod QR. Langkah seterusnya pergi ke mana-mana pengedar terdekat, imbas kod QR di sana serta ambil bahagian dalam aktiviti untuk mendapatkan tiket.

Antara aktiviti itu ialah mencari dan merakam foto emblem kereta Honda yang tersembunyi, pandu uji atau servis kereta Honda di mana-mana pengedar sah Honda.

Pelanggan yang membuat tempahan atau mendaftarkan kereta Honda mereka pada 1 Ogos hingga 22 September 2019 juga layak mendapatkan tiket. Semakin banyak tiket yang dikumpul, semakin tinggi peluang untuk menang.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *