Peluang bebaskan diri daripada ketagihan merokok

Peluang bebaskan diri daripada ketagihan merokok

RAMADAN merupakan antara waktu terbaik untuk berhenti merokok. Ayuh tanamkan niat, kuatkan tekad!

Satu kajian kempen berhenti merokok di London yang diadakan untuk komuniti Muslim di sana telah membuktikan lebih 83 peratus individu menunjukkan hasil positif untuk berhenti merokok.

Kajian lain di Karachi menunjukkan 91 peratus perokok yang menyertai klinik berhenti merokok berjaya berhenti merokok semasa bulan puasa.

Apakah cara untuk berhenti merokok semasa Ramadan?

1. Pasang niat dan keazaman untuk berhenti merokok. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Contohnya; “menjelang minggu kedua Ramadan; ‘aku akan haramkan asap rokok daripada memasuki tubuh’.

2. Beritahu rakan dan keluarga mengenai hasrat untuk berhenti merokok.

3. Kenal pasti apa cabaran utama untuk anda berhenti merokok. Adakah akibat faktor persekitaran atau pekerjaan anda?

4. Buang semua objek dan barang yang boleh merangsang anda untuk merokok. Contohnya pemetik api, bekas habuk rokok.

Semasa berpuasa anda telah berjaya menahan nafsu makan, minum dan merokok selama lebih dari 12 jam. Bagaimanakah untuk mengelak dari terus merokok selepas berbuka puasa?

a. Melengah-lengahkan Tunggu lima minit atau katakan nanti sebentar.

b. Menarik nafas panjang Tarikh nafas tiga kali secara perlahan-lahan.

c. Minum air Terutama air masak. Elakkan minuman berkafein.

d. Sibukkan diri Buat sesuatu bagi mengalih fikiran dan untuk melupakan rokok.

e. Menjauhkan diri daripada orang yang merokok.

f. Mengelakkan diri daripada suasana atau situasi yang mendorong kepada merokok.

g. Mengunyah sesuatu Seperti gula-gula getah tanpa gula dan buah-buahan.

h. Membasuh tangan selalu, membasuh muka dan mulut.

i. Mandi.

j. Meregangkan otot dan melakukan senaman ringan.

k. Memohon doa dan berzikir.

Berhenti merokok dengan bantuan terapi dari Klinik Berhenti Merokok adalah lima kali ganda lebih berkesan daripada berhenti secara mengejut (cold turkey), anda boleh dapatkan perkhidmatan ini di fasiliti kesihatan.

Semak Klinik Berhenti Merokok berhampiran anda di link berikut. http://jomquit.moh.gov.my/mquitcenters

Sumber: Public Health Malaysia



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *