Pelihara identiti bangsa satu kefarduan

Pelihara identiti bangsa satu kefarduan

SENI khat begitu dekat dengan keindahan dan kehalusan sesebuah tulisan yang biasanya digunakan dalam jawi.

Pendakwah Ustaz Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz berkata, ALLAH SWT itu Maha Cantik dan DIA amat menyukai segala yang cantik termasuklah keindahan tulisan khat dan jawi.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ALLAH SWT itu cantik dan menyukai kecantikan.” (Riwayat Muslim)

Menerusi tulisan khat yang berseni dan cantik, ujar agamawan itu, ia akan memberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya jika mereka mempelajari jawi.

“Tidak dapat dinafikan bahawa agama Islam sampai ke Nusantara dari Arab. Tulisan khat jawi itu ialah beberapa huruf hijaiyah yang serupa seperti Arab, cuma ada beberapa huruf yang tidak ada dalam bahasa Arab seperti ‘cha’ dan ‘nya’,” katanya kepada Sinar Islam.

Dalam pada itu, PU Faiz yang juga Ketua Tanfiziyah Pertubuhan Nadhlatul Ulama Malaysia dan Mudir Pondok Sungai Buloh Maahad Rumi Sufi Jawi mengajak kita mengekalkan serta menjaga identiti bangsa.

Firman ALLAH SWT: “Dan tidak sepatutnya orang-orang Mukmin itu semuanya pergi (ke medan perang). Mengapa sebahagian daripada setiap golongan di antara mereka tidak pergi untuk mendalami ilmu pengetahuan agama mereka dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya jika mereka telah kembali agar mereka dapat menjaga dirinya.” (Surah al-Taubah, ayat 122)

PU Faiz turut mengingatkan kembali pandangan Mufti Pulau Pinang yang pertama, Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim Syeikh Ibrahim yang juga ulama ketika zaman kemerdekaan negara bahawa menjaga identiti bangsa ialah kefarduan kepada setiap anak-anak watan.


“Namun, ia bukanlah bermakna kita menolak bahasa-bahasa lain. Kita perlu menerimanya dan pada masa sama, mengambil maklumat, sistem dan bahasa yang baharu untuk kita lebih aslah (maju dan cemerlang).

“Jadi sebagai orang Melayu, kita wajib menjaga identiti bangsa iaitu tulisan khat jawi. Selain itu, jika juga mesti mempelajari bahasa-bahasa daripada bangsa yang lain supaya kita lebih dipandang tinggi,” katanya.

(ARTIKEL BERKAITAN: Khat seni paling agung)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *