PELANCARAN MODEL TERBARU EPSON EP-101

PELANCARAN MODEL TERBARU EPSON EP-101

EPSON MALAYSIA – EXCEED YOUR VISION

Dari perintis pencetak digital ringan yang pertama, EP-101, Epson terus menghasilkan produk dan perkhidmatan yang inovatif berdasarkan teknologi yang cekap, padat dan ketepatannya.

Sebagai peneraju teknologi global, Epson telah mencipta dari pencetak inkjet dan sistem percetakan digital kepada projektor 3LCD, kacamata pintar, sistem penderiaan dan robot industri. Syarikat ini memberikan tumpuan kepada pemacu inovasi dan melebihi harapan pelanggan dalam penghasilan inkjet, komunikasi visual dan robotik.

Di Malaysia, Epson Malaysia Sdn Bhd telah ditubuhkan sebagai Epson Trading (M) Sdn Bhd pada tahun 1991 sebagai syarikat jualan Seiko Epson Corporation di Jepun. Hari ini, Epson terus melebihi jangkaan pelanggan dengan pelbagai produk berprestij tinggi dan cekap tenaga di rantau ini.

Baru-baru ini, Epson telah mengumumkan pelancaran model pencetak terbaru mereka iaitu pencetak format besar T-series yang boleh didapati sebagai model desktop atau model yang berdiri.

Pencetak terbaru Epson ini menawarkan salah satu tapak kaki terkecil di dalam kelasnya yang tersendiri dan mempunyai reka bentuk minimalis, ergonomik dan padat yang sesuai untuk pejabat. Siri SureColour T-series ini menawarkan percetakan yang professional yang boleh dipercayai di dalam pelbagai sektor pekerjaan termasuk seni bina, kejuruteraan, CAD, GIS, pendidikan, korporat, rumah dan pejabat.

Mempunyai prestasi yang tinggi terdiri daripada pencetak 36 inci SC-T5430 dan 24 inci SC-T3430 dan dapat menghasilkan dalam kelajuan yang tinggi iaitu 22 saat dan 25 saat untuk cetakan kertas A1. Untuk model SC-T5130, SC-T3130 dan SC-T3130N pula masing-masing dapat mencetak kertas A1 selama 31 dan 34 saat. Pencetak ini sangat sesuai di letakkan di dalam pejabat yang kecil.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan pencetak atau model lain yang terdapat di Epson, anda boleh menghubungi Epson di nombor 03-56 288 288. Epson juga mempunyai juruteknik terlatih yang boleh mengajar anda mengenai permasalahan atau nasihat jika pencetak anda mempunyai masalah. Atau jika anda mempunyai pertanyaan sebelum membeli produk Epson, sila hubungi nombor siasatan pra-jualan kami.


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *