Peka dengan risiko influenza – Sinar Harian

Peka dengan risiko influenza – Sinar Harian

BERJAGA-JAGA sebaran virus influenza.

BERJAGA-JAGA sebaran virus influenza.

INFLUENZA berlaku di seluruh dunia terutamanya di kawasan beriklim sederhana.

Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan.

Di kawasan Tropika, influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.

Agen penyebab:

– Virus influenza jenis A, B dan C; wujud dalam dua subjenis (H1N1 dan H3N2).

– Virus jenis A menyebabkan influenza merebak secara epidemik (penyakit yang merebak di kalangan penduduk sesuatu kawasan pada waktu yang sama); virus jenis B menyebabkan wabak berlaku dalam satu rantau (beberapa buah negara), dan Jenis C kurang menjejaskan manusia.

– Virus influenza mudah membiak dan menukar ciri antigen. Oleh itu, vaksin perlu diubah suai setiap tahun agar dapat menentang strain yang baru dengan berkesan.

– Jenis dan subjenis virus influenza yang lain wujud pada haiwan dan burung. Penyebaran virus antara spesies boleh menghasilkan subjenis baru yang mampu menjangkiti manusia.

Cara jangkitan

Virus tersebar melalui bawaan udara terutamanya di tempat sesak dan tertutup. Jangkitan juga berlaku melalui i) hubungan secara langsung dengan titisan cecair yang tersebar semasa batuk dan bersin serta ii) tangan yang tercemar.

Tempoh pengeraman : satu hingga tiga hari.

Tanda dan gejala

– Gejala awal termasuk demam secara tiba-tiba, sakit tekak, batuk, berasa seram sejuk, sakit kepala, koriza (penyakit berjangkit radang akut melibatkan saluran pernafasan atas, mialgia (sakit di satu atau lebih otot) dan prostration (tidak terdaya atau keletihan fizikal atau mental).

– Jangkitan berlaku lebih teruk dalam kalangan warga tua dan kanak-kanak. Ia boleh menyebabkan maut terutamanya warga emas dan pesakit kronik.

Komplikasi

– Pneumonia dan maut

Rawatan

Rawatan simptomatik

  • Minum air suam untuk melegakan sakit tekak dan batuk.
  • Amalkan makan secara sihat dan tidur/rehat secukupnya.
  • Elakkan stres kerana ia boleh melemahkan sistem pertahanan badan.
  • Sekiranya tanda dan gejala berlarutan, dapatkan rawatan doktor.

Tiada rawatan khusus

Amantadine atau rimantadine diberikan dalam tempoh 48 jam dari tempoh jangkitan dan perlu diambil selama tiga (3) hingga lima (5) hari.

Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mendapat sebarang rawatan.

Langkah berjaga-jaga

  • Jauhi tempat yang tertutup dan sesak serta berada dekat dengan orang yang dijangkiti penyakit saluran pernafasan atas akut (seperti bersin, batuk dan selesema).
  • Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan ketika bersin atau batuk.
  • Basuh tangan dengan sabun selepas batuk/bersin atau selepas menyentuh permukaan yang tercemar.
  • Pakai penutup mulut dan hidung (mask) jika selesema.
  • Hindari tempat awam semasa wabak selesema

KOMPLIKASI akibat jangkitan virus influenza.

KOMPLIKASI akibat jangkitan virus influenza.

Sumber: www.myhealth.gov.my/

Sumber