Pastikan ubat selamat dan berkesan

Pastikan ubat selamat dan berkesan

PERANAN ahli farmasi dalam membantu pesakit menguruskan kesihatan menerusi nasihat dan pengambilan ubat yang sesuai amatlah penting.

Itu dibuktikan apabila Kaji Selidik Kebangsaan Mengenai Penggunaan Ubat (NSUM) oleh Pengguna Malaysia 2015 mendedahkan, 70 peratus pesakit yang perlu mengambil ubat secara tetap bergantung kepada ahli farmasi untuk mendapatkan nasihat dan maklumat mengenai ubat-ubatan.

Presiden MPS, Amrahi Buang berkata, justeru pesakit seharusnya mampu berkomunikasi dengan ahli-ahli farmasi dalam penyediaan ubat yang sewajarnya buat mereka. “Ahli farmasi adalah anggota penting dalam sistem atau komuniti penjagaan kesihatan. Mereka merupakan kumpulan penjagaan kesihatan profesional yang paling mudah diakses oleh masyarakat.

“Peranan ahli farmasi berkisar pada keselamatan pesakit. Apalagi kini ramai rakyat Malaysia meminta nasihat ahli farmasi untuk mendapatkan keperluan perubatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

NOTA penghargaan daripada GSK kepada ahli farmasi kerana komitmen mereka terhadap ubat-ubatan yang selamat dan berkesan.

NOTA penghargaan daripada GSK kepada ahli farmasi kerana komitmen mereka terhadap ubat-ubatan yang selamat dan berkesan.

Beliau memberitahu demikian susulan seramai 1,000 orang ahli farmasi daripada Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) sudah menyertai GlaxoSmithKline Consumer Healthcare Sdn Bhd (GSK) buat masa ini. Penyertaan itu susulan usaha ingin mengukuhkan komitmen ahli farmasi dalam menetapkan piawaian keselamatan pengguna yang tinggi dalam rantaian produk dan bekalan.

Komitmen tersebut ditunjukkan dengan memaparkan pelekat ikrar di premis farmasi masing-masing. Pelekat ikrar tersebut diharap membantu mengingatkan pesakit dan ahli farmasi bahawa pematuhan kepada penggunaan ubat secara betul perlulah diutamakan menerusi komunikasi yang proaktif.

Terdahulu dalam tinjauan sama, NSUM juga mendapati lebih 90 peratus daripada responden menganggap label ubat memadai dan mereka tidak melaporkan sebarang kesulitan untuk membaca label.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *