Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

PASARAN getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Selasa menjejaki pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau dan penanda aras harga harga minyak mentah.

Menurut seorang peniaga, pengendali pasaran menjangkakan situasi bekalan yang terhad berikutan langkah-langkah pencegahan Covid-19 oleh negara pengeluar getah di Asia Tenggara serta memerhatikan petunjuk selanjutnya daripada prospek dasar monetari Amerika Syarikat (AS).

“Thailand, pengeluar getah terbesar di dunia akan melanjutkan penggantungan program pengecualian kuarantinnya dan melaksanakan sekatan baharu selepas lonjakan kes baharu Covid-19 dikaitkan dengan varian Omicron,” katanya.

Beliau menjelaskan, harga minyak meningkat pada Selasa dengan beberapa minat risiko kembali kerana pasaran menunggu petunjuk daripada pengerusi Rizab Persekutuan AS mengenai potensi kenaikan kadar dan ketika beberapa pengeluar minyak terus bergelut untuk meningkatkan pengeluaran.

Ketika berita ini ditulis, penanda aras harga minyak mentah Brent berada pada AS$81.68 setong.

Namun begitu, beliau berkata, kenaikan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam persekitaran peningkatan kes varian Omicron di AS dan China.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi SMR 20 meningkat satu sen kepada 741.5 sen sekilogram (kg) manakala susu getah pukal merosot one sen kepada 567.00 sen sekilogram.

Pada jam 5 petang, harga penutup LGM bagi SMR 20 berada pada 740.50 sen se kg manakala susu getah pukal sebanyak 565.50 sen se kg.– Bernama



Sumber