Ookla iktiraf Celcom sebagai Rangkaian Mudah Alih Terbaik Malaysia

Ookla iktiraf Celcom sebagai Rangkaian Mudah Alih Terbaik Malaysia

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) memenangi Anugerah Ookla Speedtest untuk Rangkaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia sekali gus membuktikan komitmennya untuk terus melabur dalam mempertingkatkan kualiti dan perkhidmatan liputan supaya dapat memberikan pengalaman digital yang konsisten untuk seluruh rakyat Malaysia.

Celcom menerusi kenyataannya berkata, berdasarkan laporan Ookla Speedtest bagi suku ketiga hingga suku keempat di Malaysia, rangkaian mudah alih Celcom serta pengalaman mudah alih rakyat Malaysia telah dianalisis melalui Metrik Liputan Ookla.

Menurutnya, laporan skor bagi rangkaian tersebut menunjukkan jejak setiap syarikat telekomunikasi dan kualiti perkhidmatan di negara ini dalam tempoh yang tertentu bagi menentukan pemenang bagi anugerah tersebut.n

“Analisis menunjukkan Celcom berjaya memperoleh skor purata sebanyak 787 di Malaysia, mendahului kategori Rangkaian Mudah Alih Terbaik. Celcom merekodkan kiraan imbasan tertinggi iaitu lebih daripada 142 juta imbasan dan meliputi 356,606 lokasi di seluruh negara.

“Berdasarkan laporan tersebut, Celcom telah mendahului dengan mencatatkan lebih daripada 93.2 peratus untuk rangkaian 4G dan 99.7 peratus untuk liputan umum di seluruh negara,” katanya.

Anugerah tersebut juga merupakan pengiktirafan kepada Celcom bagi perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM825 juta untuk penambahbaikan rangkaian pada tahun 2021, memperlihatkan penambahan liputan LTE sebanyak 900 tapak serta lebih daripada 9,500 tapak yang telah dioptimumkan dengan liputan dan kapasiti 4G yang dipertingkatkan di seluruh negara.

Pelaburan rangkaian 4G Celcom telah meningkatkan liputan populasi 4G LTE di seluruh negara sebanyak 99 peratus atau lebih di tujuh negeri terutamanya di Sabah, Pahang, Terengganu, Kelantan Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Pada akhir tahun 2021, Celcom telah mencapai liputan populasi 4G LTE di seluruh negara sebanyak 94.5 peratus, yang diukur melalui kekuatan isyarat -98dBm di kawasan bandar dan pinggir bandar supaya dapat menyediakan secara purata isyarat 3-4 bar pada peranti mudah alih.

Bagi liputan populasi LTE Advanced (LTE-A), Celcom telah mencapai liputan populasi sebanyak 90 peratus, di mana pelanggan yang mempunyai peranti baharu yang menyokong LTE-A dapat menikmati pengalaman yang lebih baik untuk penstriman video, permainan dan banyak lagi, dengan kelajuan muat turun yang lebih pantas di seluruh Malaysia.

Pencapaian terbaru Celcom itu diumumkan baru-baru ini sewaktu majlis Anugerah Ookla Speedtest Awards di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2022 yang diadakan di Barcelona, ​​Sepanyol dari 28 Februari 2022 hingga 3 Mac lalu.

Sementara itu, mengulas mengenai kemenangan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, Datuk Idham Nawawi berkata, Celcom amat berbangga kerana diiktiraf sebagai Rangkaian Mudah Alih Terbaik di Malaysia oleh Ookla.

“Kami amat komited untuk memberikan pengalaman digital terbaik kepada pelanggan kami, sama ada untuk keperluan kerja, permainan, penstriman video ataupun pembelajaran.

“Kami akan terus usaha untuk menjadi penyedia rangkaian yang paling dipercayai untuk seluruh rakyat Malaysia, dengan liputan terluas serta prestasi yang konsisten,” ujarnya.

Justeru itu, Idham menegaskan, Celcom akan terus melabur dalam memodenkan rangkaiannya untuk memenuhi pertumbuhan trafik data yang pesat serta memacu pelaburan dalam rangkaian.

Katanya, pelaburan rangkaian Celcom termasuk dalam penggunaan teknologi hujung ke hujung terkini seperti FDD Smart 8T8R komersial berskala besar yang pertama di dunia, 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan banyak lagi bagi meningkatkan pengalaman digital kepada pelanggan.

“Kami juga akan memastikan rangkaian kami menjangkau kesemua lapisan masyarakat, termasuk kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.

“Kami ingin mengukuhkan kepercayaan pelanggan serta pihak pelabur dengan meneruskan fokus kami dalam meningkatkan kesinambungan dan pengalaman digital untuk seluruh rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat, memacukan inisiatif digital yang inklusif di seluruh negara,” tambah Idham.

Ookla merupakan peneraju bagi rangkaian mudah alih dan jalur lebar, aplikasi ujian dan teknologi berkaitan di peringkat global sementara Speedtest pula sebuah platform ujian rangkaian utama Ookla yang mengumpulkan ratusan juta ukuran tentang prestasi dan kualiti rangkaian di seluruh dunia setiap hari.

Pengendali, perniagaan serta agensi kerajaan sama-sama bergantung pada Ookla bagi mendapatkan maklumat segera untuk mengetahui keadaan rangkaian dan perkhidmatan dalam talian.

Pada Januari 2022, hasil daripada tinjauan yang dijalankan oleh firma penyelidikan pasaran Ipsos Sdn Bhd (Ipsos), Celcom juga telah dinobatkan sebagai syarikat telekomunikasi yang paling dipercayai negara.

Tinjauan daripada Ipsos Trust Track: The Most Trusted Corporations and Institutions in Malaysia (2021) melibatkan lebih daripada 3,000 temu bual secara bersemuka bersama dengan profil yang mewakili sesebuah negara yang dijalankan sepanjang tahun 2021.

Sumber