Nuuna bihun goreng segera pertama di Malaysia

Nuuna bihun goreng segera pertama di Malaysia

SYARIKAT pengeluar pelbagai jenama beras antaranya Jati, Serba Wangi Sdn Bhd (Serba Wangi) tampil dengan produk terbaharu iaitu bihun goreng segera pertama di Malaysia.

Menurut Pengurus Kanan Kumpulan Serba Wangi, Chua Keng Jin, produk yang diberi nama Nuuna bihun goreng segera itu diilhamkan daripada perkataan Korea ‘Noona’ yang merujuk kepada panggilan kakak oleh adik lelaki.

Katanya, ia melambangkan keakraban dan mencerminkan nilai kekeluargaan serta kebersamaan dalam menikmati produk keluaran baharu itu sesuai dengan slogan iaitu Nikmati Keceriaan Bersama.

“Visi utama kami adalah untuk memberikan hidangan yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga berkualiti. Proses penyediaannya amat mudah hanya empat minit sahaja untuk disiapkan.

“Ia sesuai untuk para ibu yang sibuk mengejar masa tetapi tetap mahu memberikan makanan berkualiti kepada seisi keluarga. Ia turut menjadi pilihan mereka yang gemar melancong ke luar negara tetapi tidak boleh meninggalkan selera masakan Malaysia,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran produk Nuuna di sini, pada Ahad.

Antara aktiviti lain yang diadakan pada majlis tersebut adalah demo memasak oleh chef jemputan, kuiz penonton dan pertandingan memasak.

Tambah beliau, pihaknya memperkenalkan dua perisa yang telah disesuaikan dengan selera masyarakat Malaysia berbilang kaum di negara ini.

“Kita ada perisa asli dan pedas. Jadi, pengguna boleh memilih perisa kegemaran masing-masing mengikut citarasa mereka.

“Nuuna bihun goreng segera boleh didapati di pasar raya besar seperti Mydin, Lotus‘s, EON dan lain-lain,” ujarnya.

Keng Jin turut menguar-uarkan Peraduan Sahur Bersama Nuuna yang akan diadakan pada bulan Ramadan tidak lama lagi.

“Untuk penyertaan, peserta perlu like dan follow Facebook serta Instagram Nuuna, kemudian kongsikan gambar atau video resipi kreatif Nuuna bihun goreng di kedua-dua laman sosial itu berserta tag @nuunamalaysia dan hashtag#SahurBersamaNuuna.

“Hadiah utama sebuah motosikal Vespa menanti pemenang bertuah,” katanya.

Sementara itu, pemenang pertandingan memasak Norizah Husain, 44, memberitahu, dia berasa bersyukur kerana dipilih sebagai pemenang.

“Berdasarkan pengalaman memasak Nuuna bihun goreng segera, saya berpendapat ia mudah dimasak tidak seperti produk lain yang mana jika terlebih rendam bihun akan menjadi lembik.

“Oleh itu, saya cadangkan kepada semua rakyat Malaysia agar memilih Nuuna untuk dihidangkan kepada tetamu dan keluarga,” jelasnya.

Sumber