Nurish Organiq Teen dilengkapi formulasi terunggul atasi jerawat, kulit berminyak

Nurish Organiq Teen dilengkapi formulasi terunggul atasi jerawat, kulit berminyak

BAGI para remaja berusia 14 tahun ke atas yang sedang mencari produk bagi mengatasi masalah kulit wajah berminyak dan berjerawat, Nurish Organiq Teen merupakan satu pilihan tepat.

Produk penjagaan kulit tersebut dihasilkan dengan formulasi terunggul tanpa bahan-bahan yang boleh membahayakan kulit wajah.

Selain itu, Nurish Organiq Teen juga bebas daripada pewarna tiruan, minyak mineral, SD-alkohol, lanolin, sulfat, paraben dan bahan komedogenik bagi memastikan kesihatan kulit berpanjangan.

Pengurus Besar Kanan Ethetics International Group Berhad (EIG) Pharma Asia, Corina Lee berkata, rangkaian penjagaan kulit wajah Nurish Organiq Teen mempunyai lima item utama yang dihasilkan melalui proses ujian dermatologi bagi menjamin keselamatan kulit.

“Kesemua produk wajah itu diformulasikan dengan 100 peratus agen antijerawat semula jadi seperti Minyak Tea Tree, Asid Salisilik dan Bio-X15.

“Kandungan tersebut adalah untuk mengurangkan jerawat dengan lebih berkesan termasuk membersihkan kulit agar tampak cerah, licin dan lembut,” katanya pada Majlis Pelancaran Nurish Organiq Teen di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengerusi EIG, Eddie Chieng dan Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Kumpulan EIG, Roderick Chieng.

Bio-X15 dirumus khas daripada 15 ekstrak botanik dengan lima kali ganda antijerawat yang bertindak mengurangkan jerawat dan mengecilkan saiz pori serta mengurangkan kulit wajah kusam.

Sementara itu, ekstrak Bilberry Organik pula berfungsi untuk mencerah dan mengurangkan pigmentasi kulit wajah yang disebabkan parut jerawat.

Menerusi set lengkap Nurish Organiq Teen berkenaan terdapat dua produk wajib dimiliki para remaja iaitu:

Nurish Organiq Teen Pembersih Bintik Hitam

-Ia berfungsi untuk melembutkan kulit pori yang tersumbat sekali gus memudahkan proses pengelupasan secara mendalam bagi mengurangkan pertumbuhan jerawat.

Nurish Organiq Teen Gel Anti Jerawat

-Produk mengandungi bahan aktif yang berfungsi mengurangkan saiz jerawat hanya dengan sekali olesan termasuk melembutkan dan menenangkan kulit wajah.

RANGKAIAN Produk Nurish Organiq Teen:

Nurish Organiq Teen Pembersih Bintik Hitam (RM18.90, 30 gram)

Nurish Organiq Teen Pembersih Anti Jerawat (RM15.90, 100 gram)

Nurish Organiq Teen Penyegar Anti Jerawat (RM15.90, 100 ml)

Nurish Organiq Teen Gel Anti Jerawat (RM15.90, 15 gram)

Nurish Organiq Teen Pelembap Anti Jerawat Siang dan Malam (RM18.90, 40 gram)

Lokasi pembelian: Aeon Wellness, Caring, Guardian dan Watsons serta farmasi terpilih di seluruh negara



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *