Nilai ringgit tinggi berbanding dolar

Nilai ringgit tinggi berbanding dolar

Nilai ringgit tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan langkah menggalakkan daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar faedahnya pada mesyuaratnya baru-baru ini. - Gambar hiasan

Nilai ringgit tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan langkah menggalakkan daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar faedahnya pada mesyuaratnya baru-baru ini. – Gambar hiasan

NILAI ringgittinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan langkah menggalakkan daripada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk memperlahankan kadar kenaikan kadar faedahnya pada mesyuaratnya baru-baru ini.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.2280/2350 berbanding dolar AS daripada 4.2655/2700 pada Selasa.

Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata Fed semakin menghampiri pengakhiran kitaran kenaikan kadar yang agresif apabila inflasi di AS telah menurun.

Pada Rabu, Fed menaikkan kadar faedahnya sebanyak 25 mata asas seperti yang dijangka tetapi membayangkan pengukuhan dasar monetari yang berterusan mungkin diperlukan sebelum bank pusat berhenti seketika dalam usaha memerangi inflasi.

“Fed tidak mengambil pendekatan agresif daripada yang dijangkakan, dengan petunjuk daripada pengerusi Jerome Powell untuk menghapuskan satu halangan besar terhadap kenaikan ringgit.

“Kini peniaga tempatan akan mengukur pemulihan ekonomi selepas pembukaan semula China untuk langkah seterusnya,” katanya kepada Bernama.

Data ekonomi terkini dari China bercampur-campur, dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatannya menunjukkan peningkatan sederhana pada Januari walaupun bacaan kekal di bawah 50, menunjukkan penguncupan.

Indeks PMI Caixin berada pada 49.2 pada Januari berbanding 49.0 pada Disember manakala PMI pembuatan meningkat kepada 50.1 pada bulan tersebut daripada 47.0 pada Disember, menurut Biro Statistik Kebangsaan negara itu.

Dalam negara, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding pound apabila ia meningkat kepada 5.2406/2493 daripada 5.2559/2615 pada Selasa.

Unit tempatan merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.2406/2462 daripada 3.2386/2425 pada Selasa, susut berbanding yen Jepun kepada 3.2913/2970 daripada 3.2713/2750 sebelum ini dan rendah berbanding euro kepada 4.6584/6661 daripada 4.6187/6236 sebelum ini. – Bernama

Sumber