Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS pagi Khamis

Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS pagi Khamis

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pagi Khamis. - Gambar hiasan

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pagi Khamis. – Gambar hiasan

RINGGIT terus mengukuh berbanding dolar AS pagi Khamis selepas data Jualan Rumah Belum Selesai (Pending Home Sales) Amerika Syarikat (AS) yang dikeluarkan masih dalam zon negatif walaupun bacaannya lebih baik daripada jangkaan, kata seorang peniaga.

Pada jam 9.22 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.4830/4860 berbanding dolar AS daripada penutup Rabu pada 4.4840/4870.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, bacaan untuk penunjuk Jualan Rumah Belum Selesai AS kekal di bawah sifar sejak November 2021, sekali gus menandakan kelembapan dalam sektor hartanah AS.

“Dari sudut pandangan teknikal, ini boleh menjadi isyarat kepada penyusutan semula kerana dolar AS/ringgit berada pada zon tertinggi sepanjang masa. Penembusan di bawah 4.4730 boleh memberi ruang kepada penurunan kepada 4.4570 dahulu dan kemudian 4.4050,” katanya dalam nota, pada Khamis.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai berbanding euro menjadi 4.4763/4793 daripada 4.4593/4623 pada penutup Rabu, susut berbanding dolar Singapura kepada 3.2212/2239 daripada 3.2169/2195 semalam dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.2958/2993 daripada 5.2916/2951 sebelumnya.

Bagaimanapun, nilai ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.2761/2785 daripada 3.2847/2872 pada Rabu. – Bernama

Sumber