Nikmati keindahan alam di resort mewah

Nikmati keindahan alam di resort mewah

PENGASAS Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan menyifatkan lokasi The Taaras Beach & SPA Resort yang berpangkalan di Pulau Redang, Terengganu sememangnya menjadi satu pelan strategik.

Ia berikutan Pulau Redang antara pulau yang diiktiraf tercantik di dunia, selain memegang reputasi sebagai syurga bagi pulau-pulau tropika.

Vincent percaya kehadiran The Taaras Beach & SPA Resort bukan sahaja mempromosikan nama Malaysia di seluruh dunia, malah pihaknya turut berusaha memberikan pendidikan kepada nelayan agar sentiasa menjaga kebersihan di lautan.

Beliau bimbang kerana sikap sebaliknya bukan sahaja membunuh haiwan seperti penyu tetapi turut memberi kesan kepada terumbu karang.

“Pulau Redang adalah sebuah pulau istimewa dan salah satu pulau yang memiliki air laut cukup jernih dan pantai memutih berhadapan di resort kami.

“Ia akan menjadi pengalaman cukup bermakna buat pengunjung yang datang dari seluruh dunia.

“Kami juga berusaha keras untuk menjaga batu karang di mana staf kami memastikan kebersihan laut terjaga. Kadang-kadang ada segelintir nelayan membuang pukat mereka,” katanya.

Menurutnya, pihaknya berusaha mendidik nelayan supaya tidak sewenang-wenang membuang sampah di lautan kerana ia akan membunuh perkarangan batu karang.

“Ini kerana saya percaya bahawa Pulau Redang memiliki potensi untuk menjadi salah satu pulau terbaik di dunia dan kami berusaha keras untuk terus menaik taraf infrastruktur resort di mana kami turut memiliki perancangan untuk mewujudkan sebuah kampung buat pengunjung merasai suasana di Pulau Redang,” katanya.

The Taaras Beach & SPA Resort menjanjikan percutian cukup sempurna apabila diadunkan dengan kemewahan dan kecantikan resort.

Pengunjung akan berasa lebih dekat dengan alam kerana pemandangan dan keindahan matahari terbenam, kebiruan serta kejerihan air laut.

Antara aktiviti tradisi di Pulau Redang adalah snorkeling dan pengunjung boleh melakukan aktiviti itu di banyak lokasi dan kali ini mereka akan lebih teruja kerana berpeluang berenang bersama ikan serta penyu.

Vincent berenang bersama penyu di perairan pantai di hadapan The Taaras Beach & SPA Resort, Pulau Redang, Terengganu.

Vincent berenang bersama penyu di perairan pantai di hadapan The Taaras Beach & SPA Resort, Pulau Redang, Terengganu.

Privasi, keindahan flora dan fauna dan menikmati resort bertaraf lima bintang, The Taaras Beach & SPA Resort adalah pilihan terbaik menikmati pengalaman terbaik sepanjang hidup.

Tidak dilupakan juga kepada kakitangan The Taaras Beach & SPA Resort yang sentiasa menjadi nadi kepada resort milik Berjaya Group ini.

Kakitangan The Taaras Beach & SPA Resort melaksanakan tugas yang cukup cemerlang dalam menjamin kepuasan pengunjung ketika menikmati pengalaman percutian di pulau.

Terdapat tiga pilihan untuk menjamu selera di Taaras Beach & SPA Resort termasuk Bayu Bar yang terletak di hadapan pantai.

Pengurus Besar The Taaras Beach & SPA Resort, Pravir Mishra sendiri akan sentiasa bertanya khabar semua pengunjung untuk memastikan kelancaran percutian dan penginapan mereka di resort itu.

Parvir berkata, beliau bangga mengatakan bahawa Taaras adalah tempat terbaik di pantai Malaysia atau mungkin di dunia dengan pasir putih dan air yang jernih.

Katanya, pantai persendirian terletak di teluk yang melindunginya dari ombak ini betul-betul di depan resort dan anda boleh berenang dengan penyu dan menikmati keindahan terumbu karang sambil melihat anak ikan jerung.

Beliau yang memiliki pengalaman bekerja di Mauritus, Seychelles dan Sri Lanka, pernah mengunjungi Maldives namun tidak pernah melihat pantai persendirian yang luar biasa seperti Pulau Redang.

Katanya, ramai tetamu yang menginap di resort bersetuju dengannya dan beliau mencabar pengunjung untuk membuktikan apa yang dikatakannya itu salah dan mereka akan mendapat penginapan percuma selama tiga malam.

Tidak dilupakan Pengarah Urusan Berjaya Land Berhad, Syed Ali Shahul Hameed yang berpegang kepada motto ‘perkhidmatan terbaik untuk tetamu hotel’ sebagai kunci kejayaan dan Ketua Engineer Taaras, Abdul Ghani Osman yang telah 30 tahun berkhidmat bersama Berjaya Group.

Pengunjung boleh sampai ke Pulau Redang dengan menaiki pesawat tempahan khas.

Pengunjung boleh sampai ke Pulau Redang dengan menaiki pesawat tempahan khas.

Beliau sentiasa memastikan perjalanan semua kemudahan di sini dalam keadaan terbaik.

Taaras Beach & SPA Resort jelas cukup memberikan kepuasan kepada pengunjung.

Resort ini bertemakan sebuah pantai yang cukup tenang di mana anda sekeluarga dapat menenangkan minda fikiran sambil melihat keindahan alam di kawasan perairan sekitar yang meriah dengan pelbagai hidupan marin dan pasir pantai yang putih.

Tempat penginapan ini terletak di Teluk Dalam dan menyediakan 158 bilik untuk para pengunjung pada harga yang berpatutan.

The Taaras Beach & SPA Resort turut menyediakan Private Villa yang mempunyai lima bilik dan kelengkapan sangat selesa serta menakjubkan.

Vincent juga sentiasa mengunjungi resort untuk memastikan kakitangan mendapat layanan terbaik dan beliau sentiasa mesra serta tidak menolak ajakan pengunjung yang ingin bergambar dengannya.

Ia adalah antara rahsia kejayaan Taaras Beach & SPA Resort daripada pemilik hingga ke akar umbi kakitangan mereka mesra pelanggan.

Taaras Beach & SPA Resort di Pulau Redang adalah tempat ‘MESTI DATANG’ kepada semua pelancong dan mereka akan pulang dengan seribu kenangan serta pasti kembali.



Sumber