Niaga hadapan MSM susut bawah RM,4500 setan

Niaga hadapan MSM susut bawah RM,4500 setan

KONTRAK niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah untuk hari keenam berturut -turut berikutan permintaan serta sentimen pasaran yang lemah.

“Penanda aras MSM jatuh di bawah RM4,000 setan hari ini, paling rendah pada tahun semasa selepas pasaran terus diselubungi sentimen yang tidak bermaya.

“Kerugian di pasaran minyak kacang soya pada waktu Asia juga memburukkan lagi keadaan. Prospek bekalan yang lebih tinggi turut menjejaskan pasaran,” kata peniaga minyak sawit, David Ng

Menurutnya, tahap sokongan kini terletak pada RM4,200 satu tan manakala rintangan pada RM5,000 satu tan.

Seorang lagi peniaga berkata, kebimbangan mengenai musim pengeluaran ditambah dengan angka eksport yang kurang memberangsangkan untuk 20 hari pertama bulan ini juga memberi kesan ke atas sentimen.

Pada penutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi bulan semerta Julai 2022 jatuh RM522 kepada RM4,688 satu tan, Ogos 2022 susut RM499 kepada RM4,566 satu tan, September 2022 merekodkan penurunan sebanyak RM481 kepada RM4,499 satu tan dan Oktober 2022 merosot RM471 kepada RM4,469 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 91,898 lot pada Rabu berbanding Selasa dengan 84,565 lot manakala kepentingan terbuka menokok kepada 310,218 kontrak daripada 295,727 kontrak.

Harga MSM fizikal untuk Julai Selatan menguncup sebanyak RM300 kepada RM5,000 satu tan. – Bernama

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber