Pada hari ini telah berlangsung Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) bersama anak syarikatnya, Connect and Network (CAN), berkolaborasi dengan NW Corporate Advisor Sdn Bhd bersama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dalam menganjurkan seminar bertajuk “Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa melalui Program Kerajaan.” Seminar yang diadakan di ibu kota ini bertujuan untuk memberikan panduan dan strategi kepada usahawan dan perniagaan tempatan dalam mengeksploitasi peluang pasaran global melalui sokongan dan program kerajaan.
Lebih 130 usahawan tempatan meraih ilmu berguna mengenai pasaran ekonomi global menerusi penganjuran Seminar Wawasan Perdagangan Global: Menembusi Pasaran Antarabangsa anjuran Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN). Sebagai pengarah program juga beliau mengumumkan bahawa seminar ini menampilkan beberapa penceramah terkemuka.
Dengan semangat yang tinggi, Pengerusi CAN, Nicole Ooi Yuet Li, mengumumkan bahawa seminar ini bertujuan untuk memberikan analisis dan panduan praktikal yang akan membantu syarikat-syarikat di Malaysia mencapai kejayaan yang lebih besar di peringkat global.
Penceramah yang dijemput adalah Noraslan Hadi Abdul Kadir, Penasihat Perdagangan Akademi Eksport Malaysia (bekas Pesuruhjaya Perdagangan & Pengarah MATRADE) dan Pengurus Kanan Bahagian Halal, Makanan & Minuman dan Agro berasaskan MATRADE, Badrul Hisham Hilal.
Timbalan Pengarah Bahagian China & Timur Laut Asia MATRADE, Nur Azni Aziz, bersama Pengarah Kanan Bahagian Perkhidmatan Pengurusan MATRADE, Remee Yaakub, turut hadir untuk menyampaikan ceramah yang menarik dan berinformasi.
“Pihak kami komited membantu meningkatkan daya saing perusahaan domestik usahawan negara di seluruh dunia,”katanya melalui satu kenyataan.
Selain itu, Timbalan Pengarah Unit Nasihat & Latihan Pengeksport MATRADE, Noor Ezzwanee Ahmad, menyatakan bahawa MATRADE beraspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara perdagangan yang kompetitif di peringkat global.
Katanya,pelaksanaan pelan tindakan ini merangkumi langkah-langkah strategik seperti mengukuhkan daya saing global perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Syarikat Peringkat Pertengahan melalui pendigitalan, kemampanan, dan pembinaan jenama.
MATRADE telah merancang Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (PTPN 2021-2025) yang komprehensif untuk memperkukuh ekosistem perniagaan, demi mencapai matlamat yang lebih besar. Inisiatif ini bertujuan untuk memperbaiki semua aspek dalam dunia perniagaan, menjadikannya lebih dinamik dan berdaya saing.
“MATRADE akan memberi tumpuan khusus kepada kumpulan tertentu seperti usahawan asli, wanita dan golongan muda bagi menyediakan bimbingan intensif yang diadakan selama tiga taun,”katanya.