MSSCC 2025: Tukang Masak Harian Generasi Baru Kedah Buktikan Kehebatan di Pentas Negeri

Tema RAMUAN WARISAN, CITARASA NEGERI tahun ini menghimpunkan 866 pelajar berusia 13 hingga 17 tahun dari 16 negeri yang menampilkan semula hidangan tradisi dengan sentuhan kreatif. Buat julung kali, pertandingan ini turut membuka ruang kepada pelajar Tingkatan 4 dan 5, mengukuhkan lagi usaha MAGGI® dalam memberi peluang kepada lebih ramai belia mempelajari asas masakan, memupuk hubungan sihat dengan makanan serta menggalakkan pemakanan seimbang.

Peserta dari Kedah berjaya mencuri perhatian juri dengan resipi berasaskan ramuan asli, tradisi dan kaedah warisan, sekali gus membuktikan masakan serantau adalah khazanah penting yang mewarnai masa depan kulinari Malaysia.

(Dari kiri) Pemenang Kedah MSSCC, Nur Syifa Syadrina binti Mohamad Azam dan Aidil Zikry bin Mohd Noor Izzham dari SMK Mahsuri, bersama guru pembimbing, Siti Nurhana binti Rusni dan Shariza binti Mohd Azami, menerima hadiah dari Encik Awang Rosnadi bin Awang Rosli, Penolong Pengarah, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN), bersama Puan Aniza binti Jamal, Pengetua SMK Dato’ Syed Omar (sekolah tuan rumah), dan Syed Amir, wakil dari MAGGI®.

Sejak diperkenalkan pada 1997 melalui kerjasama MAGGI® dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), MSSCC telah melibatkan hampir 350,000 pelajar, bukan sekadar melatih kemahiran memasak asas, tetapi juga kemahiran hidup seperti kerjasama, disiplin dan kreativiti. Tahun ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Omar, Alor Setar menjadi tuan rumah bagi peringkat akhir negeri Kedah, menyatukan pelajar dari seluruh negeri dalam suasana penuh kebanggaan dan semangat budaya.

Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPN Kedah, Encik Awang Rosnadi Bin Awang Rosli, merakamkan penghargaan kepada Nestlé Malaysia dan MAGGI® atas usaha berterusan mereka. Beliau menegaskan MSSCC bukan sahaja memupuk tabiat pemakanan sihat, malah membina kemahiran praktikal seperti daya kreatif, semangat bekerjasama dan pengurusan masa yang bermanfaat untuk masa depan pelajar.

Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® Malaysia dan Singapura, Cik Ivy Tan Link Cheh pula menekankan bahawa MSSCC menjadi platform untuk melahirkan generasi muda yang bukan sahaja mahir secara praktikal, tetapi juga berkeyakinan, bersemangat dan berani meneroka kreativiti dalam sajian sihat. Selain itu, program ini juga memberi ruang kepada pelajar untuk menghargai warisan budaya mereka melalui makanan sambil menghubungkan generasi dari seluruh negara.

Para juri menilai setiap hidangan dengan penuh teliti, memastikan ia mencerminkan pemahaman pelajar tentang keseimbangan dalam masakan serta memperlihatkan daya kreativiti melalui penyediaan dan persembahan yang rapi.

Di Kedah, juri menobatkan Aidil Zikry Bin Mohd Noor Izhham dan Nur Syifa Syadrina Binti Mohamad Azam dari SMK Mahsuri sebagai wakil negeri ke peringkat kebangsaan. Hidangan mereka, Nasi Cubit Cubit dan Ikan Pekasam Sambal Kantan Nenas, menyerlahkan keunikan Ikan Pekasam sebagai lambang kulinari utara. Finalis lain juga mempamerkan kreativiti melalui penggunaan hasil tempatan secara mampan dan gabungan resipi tradisi dengan teknik moden.

Aidil Zikry dan Nur Syifa Syadrina meluahkan rasa bangga dapat mempersembahkan inovasi resipi tradisi berasaskan konsep Suku Suku Separuh, yang mengekalkan rasa asli sambil mudah disediakan, seimbang dan lazat. Mereka turut berterima kasih kepada guru dan ibu bapa yang banyak memberi tunjuk ajar serta dorongan.

Sementara itu, juara MSSCC 2024, Muhammad Ammaruddin bin Jasni dan Aidil Zikry, berkongsi pengalaman bahawa kemenangan mereka membuka banyak peluang baharu. Mereka menggalakkan cef muda untuk terus meneroka, memahami kepentingan pemakanan seimbang, menghidupkan warisan dan berani berkongsi cerita melalui hidangan.

Grand Finale MSSCC 2025 bakal berlangsung Oktober ini dengan menyaksikan 16 pasukan terbaik dari seluruh negara merebut gelaran juara kebangsaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® MSSCC 2025, sila layari:
https://www.maggi.my/ms/memupuk-generasi-muda/

Golden Crown Bonus Codes change frequently, so players should check updates often. These codes unlock spins, cashbacks, or even 100% deposit matches. With honest terms and clear expiry dates, everything stays transparent. Aussie players appreciate the straightforward approach and reliable support team.