MR D.I.Y rai komuniti memerlukan

MR D.I.Y rai komuniti memerlukan

SHAH ALAM – MR D.I.Y. Group (M) Berhad (MR D.I.Y.) sekali lagi memanfaatkan media sosial untuk memastikan komuniti yang memerlukan tidak dilupakan semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina, baru-baru ini menerusi kempen ‘You Share, We Donate’.

MR D.I.Y dalam satu kenyataan berkata, melalui kempen itu, rakyat Malaysia perlu klik tanda suka dan kongsi filem web bertajuk Family yang berdurasi selama tiga minit 34 saat di laman rasmi Facebooknya.

Menurutnya, filem yang dihasilkan itu mengisahkan tiga sekawan berlainan bangsa sangat setia kepada nilai-nilai murni yang diajar di rumah anak yatim iaitu tempat di mana mereka dibesarkan dan kemudiannya kembali ke rumah anak yatim tersebut untuk meraikan Tahun Baharu Cina.

“Filem ini berjaya memperoleh sebanyak 1,380 perkongsian di Facebook dan 11.8 juta tontonan terkumpul di Facebook, YouTube dan TikTok.

MR D.I.Y telah menyalurkan sumbangan berjumlah RM4,140 dalam bentuk baucar tunai (RM1,380 setiap satu) kepada tiga rumah kanak-kanak iaitu House of Love, SHELTER – Home for Children, dan BRDB Rotary Children Residence.

“Selain baucar tunai, setiap rumah kebajikan tersebut juga menerima kit ujian kendiri Covid-19 jenis calitan hidung, air liur dan wisel serta pelitup muka.

Sumbangan dari kempen You Share, We Donate adalah lanjutan kepada usaha MR D.I.Y. yang menyaksikan peruncit tersebut mengedarkan lebih daripada 1,000 kit ujian kendiri kepada 23 buah rumah kebajikan di seluruh negara baru-baru ini,” jelas kenyataan itu pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, inisiatif You Share, We Donate bertujuan untuk menyalurkan jumlah sumbangan yang sama banyak dengan jumlah perkongsian yang dijana oleh filem web tersebut ke beberapa organisasi kebajikan berbeza.

Sementara itu, Ketua Pemasaran, MR. D.I.Y Group, Alex Goh berkata, inisiatif ‘You Share, We Donate’ turut membantu menyebarkan mesej #kitajagakita bertujuan untuk menderma bagi setiap perkongsian yang diterima dan memastikan agar komuniti yang paling memerlukan tidak ketinggalan.

“Kami berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menyokong usaha tahunan ini.

Inisiatif seperti kempen ‘You Share, We Donate’ ini akan dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan akses kepada barangan keperluan semasa pandemik,” tambah Goh.

Sumber