Movenpick tawar pengunjung rasai pengalaman 1001 bufet Ramadan

Movenpick tawar pengunjung rasai pengalaman 1001 bufet Ramadan

MOVENPICK Hotel & Convention Centre KLIA (Movenpick) kini menawarkan kepada anda peluang untuk merasai pengalaman 1001 bufet Ramadan bermula 5 April sehingga 1 Mei ini.

Bufet Ramadan itu disediakan dengan gabungan masakan tradisional dan antarabangsa dengan kelainan 1001 hidangan bercita rasakan Arab sebagai tema pada tahun ini.

Pengurus Besar, Wan Enderi Mohd Saad berkata, tema tersebut merupakan satu penghormatan kepada pelbagai perisa dan cita rasa menerusi hidangan yang disediakan sepanjang Ramadan

Menurutnya, tema itu juga diadaptasikan dengan cerita seribu satu malam, koleksi cerita rakyat Timur Tengah yang disusun dalam bahasa Arab semasa zaman kegemilangan Islam.

“Pengalaman menjamu selera anda bukan sahaja terhad kepada hidangan kegemaran tempatan, Timur Tengah dan barat, tetapi juga turut dikelilingi oleh pokok tamar.

Cef Al-Fithri dengan hidangan tempatan nasi lemak dengan lauk yang pelbagai.

Cef Al-Fithri dengan hidangan tempatan nasi lemak dengan lauk yang pelbagai.

“Hamparan tempat duduk dan bufet juga akan diperluaskan, suasana restoran redup dan laluan pejalan kaki di kawasan anjung, sekali gus memastikan privasi dan penjarakan sosial,” katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, bufet itu juga menampilkan 15 gerai yang menjamukan hidangan seperti gulai kawah istimewa, nasi lemak, sate Malaysia, ‘claypot’, teppanyaki dan banyak lagi hidangan yang mesti dicuba.

“Bufet ini juga menawarkan stesen memasak secara langsung dan pencuci mulut tempatan dan Timur Tengah yang pasti akan membangkitkan selera anda.

“Kali ini juga kami menyediakan hidangan bertemakan Arab, teh dan kopi Turki, Nasi Kambing Ouzi dan beberapa pencuci mulut Timur Tengah yang sangat lazat.

Antara hidangan pencuci mulut dan kuih muih tempatan dan antarabangsa.

Antara hidangan pencuci mulut dan kuih muih tempatan dan antarabangsa.

“Jika anda menyukai pastri yang manis, biskut berempah dan puding berkrim, anda akan teruja menerokai hidangan yang lazat dari Timur Tengah,” katanya memastikan tema baharu itu akan memberi pengunjung sesuatu yang berbeza dan luar biasa.

Dalam pada itu, Wan Edri berkata, bufet Ramadan kali ini turut menyediakan pelbagai jenis masakan global untuk dijamukan kepada tetamu dengan hidangan gourmet sekali gus memberi kepuasan kepada pengunjung.

“Kami yakin tetamu yang akan mengunjungi Restoran Temasya bakal menikmati layanan Movenpick sambil merasai suasana Ramadan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Kami turut menjangkakan 5,000 pengunjung, korporat dan pelbagai agensi kerajaan untuk hadir merasai 1001 bufet Ramadan kali ini,” jelasnya.

Cef Al-Fithri (dari kiri), Wan Edri dalam sidang akhbar pada Rabu.

Cef Al-Fithri (dari kiri), Wan Edri dalam sidang akhbar pada Rabu.

Sementara itu, Cef Eksekutif, Al-Fithri berkata, lebih 150 hidangan disediakan pada 1001 bufet Ramadan dengan nasi kambing Ouzi yang merupakan hidangan utama kali ini.

Tambahnya, hidangan tersebut merupakan makan timur yang popular di Lubnan dan Turki.

“Ouzi adalah perkataan Lubnan untuk hidangan kambing bakar dan nasi rempah.

“Gabungan pelbagai rempah yang menarik akan memberi rasa aromatik nasi dengan kambing bakar itu,” jelasnya.

Movenpick menawarkan baucar Ramadan Early Bird sehingga 28 Februari ini dengan harga RM98 manakala harga biasa bagi dewasa RM128, warga emas (RM90) dan kanak-kanak 7 tahun ke bawah (RM64).

Sumber