Model Canon EOS ikonik terbaharu

Model Canon EOS ikonik terbaharu

Model EOS M6 Mark II, 90D DSLR dan tambahan siri terbaharu triniti lensa EOS M iaitu RF24-70MM F/2.8L IS USM serta RF15-35MM F/2.8L IS USM pastinya memikat hati peminat jenama Canon.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Canon Marketing Malaysia, Andrew Koh, Canon terus berkembang dengan keluaran produk baharu yang lebih berkualiti.

“EOS M6 Mark II mewarisi signatur bentuk kompak dan ringan dengan pengesanan AF yang lebih baik, pemproses pengimejan DIGIC 8 dan sensor CMOS resolusi lebih tinggi sekali gus menjadikannya lebih mudah bagi pengguna untuk merakam detik-detik berharga.

“Dengan EOS 90D pula, kami telah meningkatkan keupayaan kamera dengan dilengkapi dengan ciri multimandiri dalam kedudukan thumb dan mekanisme pelepasan shutter berkelajuan tinggi,” katanya.

Ujarnya lagi, penambahan terbaharu lensa zoom kepada lensa RF24-70mm f/2.8L IS IS USM dan RF15-35mm f/2.8L IS USM pasti akan memenuhi tuntutan mereka untuk aperture besar dengan aperture maksimum f/2.8 untuk kamera siri EOS R.

Versatil untuk semua acaraDetik berharga dalam hidup pastinya dapat dirakam secara spontan dan terancang dengan EOS M6 Mark II kerana dikuasakan dengan teknologi cukup sofistikated.

Fitur baharu itu didatangkan dengan Canon Dual Pixel CMOS Auto Focus iaitu inovasi AF Precision Tracking dan Eye-Detection AF membolehkan subjek yang sentiasa bergerak akan tetap fokus selain dapat menghasilkan imej yang berkualiti tinggi.

EOS 90D yang dikuasakan teknologi pencahayaan DIGIC 8 yang lebih maju membolehkan kualiti imej yang luar biasa.

EOS 90D yang dikuasakan teknologi pencahayaan DIGIC 8 yang lebih maju membolehkan kualiti imej yang luar biasa.

Prestasi yang luar biasa



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *