Model C55 Android pertama tawar pengalaman ‘Dynamic Island′

Model C55 Android pertama tawar pengalaman ‘Dynamic Island′

REALME Malaysia menampilkan telefon pintar baharu kelas pertengahan dikenali Realme C55 yang menawarkan storan berkapasiti besar dengan pengecasan pantas.

Menawarkan fungsi unik mirip Dynamic Island di iPhone 14 Pro iaitu Mini Capsule, C55 yang dinaik taraf dengan ciri terbaik segmen kamera dengan keupayaan 64 mega pixel (MP) dan memori berkapasiti 256 giga bait (GB).

Bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini, model berkenaan turut dilengkapi dengan bateri 5,000 milliampere-hour (mAh) yang menyokong pengecasan pantas Voltage Open Loop Multi-step Constant-Current (SuperVOOC) 33W melalui Universal Serial Bus (USB-C).

Oleh itu pengguna hanya memerlukan 63 minit untuk mengecas daripada sifar ke 100 peratus.

Lebih menarik, C55 dilengkapi dengan kamera swafoto 8MP dan lensa 2MP hitam putih disamping pemprosesan Mediatek Helio G88 12nm, RAM Maya (DRE) yang menggandakan saiz RAM menerusi penggunaan storan dalaman.

Model ini merupakan produk Siri C pertama yang menampilkan sensor OV64B perdana dengan saiz 0.7μm piksel dan format optik satu per dua iaitu sensor sama digunakan dalam Realme GT Master Edition.

Berbanding model C35 sebelumnya, saiz sensor C55 ditingkatkan sehingga 54 peratus dan kejelasan resolusi turut meningkat 53.8 peratus.

Segmen Kamera 64 MP Terbesar

Selain teknologi terkini yang diperkenalkan, C55 menampilkan mod imej inovatif dengan penapis bagi memberi pengalaman baharu kepada pengguna.

C55 menawarkan storan berkapasiti besar dengan pengecasan pantas.

C55 menawarkan storan berkapasiti besar dengan pengecasan pantas.

Menerusi teknologi pengimejan ProLight, model ini berkesan meningkatkan resolusi dengan mengoptimumkan keupayaan penyerlahan bagi memelihara lebih banyak perincian dalam keadaan cahaya rendah.

Keupayaan ini memberi kejelasan terbaik kepada gambar yang diambil dalam keadaan gelap tanpa menjejaskan butiran halus subjek berkenaan.

Kapsul Mini pertama Android

Realme C55 melakar pembaharuan terbaharu dengan menampilkan kapsul mini pertama pada rangkaian Android dengan mengubahsuai sistem operasi mereka dan menambah ciri berkenaan yang berfungsi seakan Dynamic Island di iPhone 14 Pro.

Kapsul ini memberikan ruang hitam lebih lebar dengan menayangkan maklumat berguna antaranya kuasa mengecas, peratus bateri, penggunaan data serta jumlah langkah harian.

Selain itu sistem bunyi pada C55 bersifat mono dan ia memiliki jek audio 3.5mm untuk menikmati sistem bunyi lebih hebat di telinga.

Didatangkan dengan dua warna iaitu kuning (Sunshower) dan hitam (Rainy Night), kedua-duanya adalah warna gradien yang kelihatan berubah-ubah jika dipandang dari sudut berbeza.

C55 menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W.

C55 menyokong pengecasan pantas SuperVOOC 33W.

Model ini ditawarkan pada harga bermula RM699 bagi varisai 128GB manakala RM799 (256GB).

Realme Leap to Champion Roadshow

Sebagai meraikan pelancaran C55, Realme akan menganjurkan jelajah di Sunway Velocity, Kuala Lumpur pada 31 Mac hingga 2 April ini manakala di Genting Highland (7 April hingga 9 April).

Pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya sesi bertemu artis, cabutan bertuah, promosi jualan, pengalaman produk selain berpeluang memenangi hadiah sehingga RM30,000.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman Facebook rasmi Realme Malaysia https://www.facebook.com/realmeMalaysia/

Sumber