Minyak Masak Seri Murni bermutu tinggi

Minyak Masak Seri Murni bermutu tinggi

TIDAK lengkap rasanya sajian masakan Malaysia dihasilkan tanpa menggunakan minyak masak. Bukan sahaja bahan masakan yang digoreng rangup dan garing, malah membantu membangkitkan aroma dan menambah kesedapan hidangan.

Sehubungan itu, bagi memberikan tekstur dan rasa masakan terbaik kepada konsumer, jenama Seri Murni menawarkan minyak masak berkualiti yang dijamin halal.

Minyak Masak Seri Murni begitu istimewa kerana ia merupakan satu-satunya minyak masak yang diperbuat daripada Super Olein, iaitu gred tinggi olein sawit yang biasanya hanya digunakan untuk tujuan pasaran eksport.

Antara kebaikan Minyak Super Olein, ia kaya dengan sumber vitamin E semula jadi. Selain itu, ia juga asli, bebas kolesterol, asid lemak trans dan aditif menjadikan ia pilihan terbaik buat anda.

Pernahkah terjadi, minyak masak yang anda beli jadi keruh? Jangan risau kerana minyak ini masih boleh digunakan.

Minyak kelapa sawit semula jadi seperti minyak kelapa dan sesetengah minyak sayuran lain dalam bentuk cecair akan menjadi keruh jika berada dalam persekitaran yang sejuk dalam tempoh yang lama. Ia adalah fenomena biasa dan 100 peratus selamat digunakan.

Keruh pada dasar botol juga tidak menjejaskan kualiti dan rasa minyak masak kerana minyak perlahan-lahan akan berubah menjadi jernih seperti biasa jika berada di dalam persekitaran yang panas.

Malah, bahagian keruh itu turut digunakan dalam pembuatan coklat berkualiti di mana ia akan cair di dalam mulut dan keras bila berada dalam bilik berhawa dingin.

Minyak Masak Seri Murni tidak menambah sebarang Agen Antikeruh ke dalam minyak bagi melambatkan proses pengeruhan.

Minyak Masak Seri Murni tidak menambah sebarang Agen Antikeruh ke dalam minyak bagi melambatkan proses pengeruhan.

Minyak Masak Seri Murni tidak menambah sebarang Agen Antikeruh ke dalam minyak bagi melambatkan proses pengeruhan. Semuanya dihasilkan secara semula jadi dan menepati tagline ‘Sungguh Suci, Sungguh Murni’.

Justeru, kepada anda yang sedang mencari minyak masak istimewa, maka jenama Seri Murni adalah pilihan tepat. Ia boleh didapati di semua pasar raya seluruh negara dalam saiz 500 gram, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *