Mi 9T Pro lebih canggih

Mi 9T Pro lebih canggih

VARIAN Mi terbaharu, Mi 9T Pro ternyata lebih sofistikated dalam kelasnya tersendiri dan lebih mesra pengguna.

Model terbaharu itu dilengkapi spesifikasi cukup canggih dengan dikuasakan Qualcomm Snapdragon 855 yang mampu memberikan prestasi maksimum terpantas dalam kelasnya tersendiri.

Mi 9T Pro turut dipacukan dengan CPU octa-core dengan kelajuan maksimum 2.84GHz ditambah dengan teknologi nano holografik.

Dengan ciri hebat itu, peranti pintar itu dikatakan tidak mempunyai masalah untuk menarik perhatian pengguna dunia untuk memilikinya termasuk kaki game.

Menariknya, rekaan unik dengan kamera pop timbul itu menjadikan peminat produk rangkaian Xiaomi tidak sabar menanti pratempahan dengan harga bermula RM1,599.

Mengulas lanjut mengenai keupayaan luar biasa peranti itu, Pengurus Xiaomi Malaysia dan Singapura, Allen An menjelaskan, pihaknya sedia maklum mengenai penantian peminat Mi di Malaysia yang pastinya tidak sabar menunggu kedatangan Mi 9T Pro.

“Itulah sebabnya kami teruja untuk mengumumkan bahawa Mi 9T Pro akhirnya akan sampai ke negara ini memandangkan mempunyai hubungan yang kuat dan berterusan dengan peminat Mi di sini.

“Kami juga bergantung kepada maklum balas pelanggan sebagai penanda aras bagi menambah baik mutu perkhidmatan dalam usaha memenuhi keperluan teknologi mereka. Di Xiaomi, sudah menjadi falsafah kami untuk mendengar denyut nadi peminat Mi,” ujarnya.


SPESIFIKASI canggih menjadikan Mi 9T Pro antara produk terbaik Xiaomi.

SPESIFIKASI canggih menjadikan Mi 9T Pro antara produk terbaik Xiaomi.

Bukan sahaja menawarkan prestasi berterusan, Mi 9T Pro juga memiliki skrin penuh AMOLED HD berukuran 6.39 inci dengan kapasiti 6GB RAM.

Fitur baharu Mi 9T Pro itu menggunakan sensor 20MP dengan tiga kamera di bahagian belakang iaitu gandingan kamera utama 48MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP.

Dengan kapasiti bateri 4,000 mAh, teknologi baharu itu menyokong pengecasan pantas 27w dengan tempoh hanya 30 minit sahaja untuk mencapai 58 peratus manakala caj penuh dalam tempoh 73 minit.

Pilihan terbaik kaki game Buat kaki game dalam talian pula, peranti pintar itu mampu mengoptimumkan tindak balas pada sensor sentuh, paparan, kualiti bunyi, rangkaian dan panggilan dalam permainan.

Ciri canggih itu berupaya meningkatkan kadar tindak balas sentuhan peranti sehingga 180Hz dan 70 milisaat untuk tindak balas klik sekali gus membolehkan pengalaman bermain dalam tahap paling maksimum.

Paparan dengan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 91.5 peratus itu pastinya memberikan pengalaman cukup luar biasa selain skrin Sunlight 2.0 membolehkan paparan mudah walaupun dalam keadaan pencahayaan yang terang.

Selain itu, Mi 9T Pro juga dilengkapi dengan teknologi pengesan cap jari tujuh generasi dengan saiz yang dipertingkatkan selain kelajuan lebih pantas berbanding produk telefon pintar terdahulu.

MI 9T PRO dilengkapi lapan lapisan penyejukan grafit dan reka bentuk yang cukup modish.

MI 9T PRO dilengkapi lapan lapisan penyejukan grafit dan reka bentuk yang cukup modish.

ANEKDOT SPESIFIKASI Mi 9T Pro:

Bagi storan 64GB, ia hanya terdapat dalam warna merah dan dijual pada harga RM1,598.

Storan 128GB boleh dibeli dalam warna biru, merah dan hitam pada harga RM1,798.

Mi 9T Pro masih memiliki jek audio 3.5mm tetapi tiada slot kad mikroSD.

CPU octa-core dengan kelajuan maksimum 2.84GHz.

Qualcomm Adreno 640 GPU membantu meningkatkan keupayaan CPU dan GPU sebanyak 45 peratus dan 20 peratus.

Dengan teknologi nano-holografik, skrin kaca yang melengkung menampilkan tekstur flame yang unik untuk varian warna Flame Red dan Glacier Blue.

Kualiti video dengan perisian UHD 4K yang dikemas kini.

MI 9T PRO yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon 855 sekali gus menjadi telefon pintar terpantas dalam kelasnya tersendiri.

MI 9T PRO yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon 855 sekali gus menjadi telefon pintar terpantas dalam kelasnya tersendiri.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *