Menteri dari China lawat kilang baharu Proton di Tanjung Malim

Menteri dari China lawat kilang baharu Proton di Tanjung Malim

KILANG pengeluaran Proton di Tanjung Malim baru-baru ini telah menerima kunjungan Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China, Yang Berhormat Encik Miao Wei sebagai sebahagian daripada lawatan kerja beliau ke Malaysia.

Mengiringi Miao Wei ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Tuan Eddin Syazlee Shith serta pegawai-pegawai kerajaan dari kedua-dua negara.

Lawatan tersebut telah dihoskan oleh Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar bersama Pengerusi Zhejiang Geely Holding Group, Li Shufu. Turut hadir Pengerusi DRB-HICOM, Datuk Mohammad Zainal Shaari serta Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Radzaif Mohamed dan barisan pengurusan kanan Proton.

Ketika lawatan tersebut, beliau diberi taklimat mengenai perancangan perniagaan semasa dan masa depan syarikat sebelum menyaksikan majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara Proton Edar Sdn Bhd, Altel Communications Sdn Bhd dan ECarX (Hubei) Technology Co. Ltd, China.

Proton kini sedang menguji pemasangan secara tempatan model X70 berikutan kilang pemasangan baharunya di Tanjung Malim yang bernilai RM1.2 billion hampir siap. Pengeluaran percubaan secara semi automatik telahpun dijalankan meskipun fasiliti semakan akhir, cat dan pemasangan masih belum proses siap sepenuhnya.

Pengeluaran X70 di Tanjung Malim bakal bermula pada separuh kedua tahun ini dan mereka kini berusaha keras untuk memastikan sasaran yang ditetapkan mampu dicapai. Menurut Datuk Sri Syed Faisal Albar, ia merupakan satu pencapaian yang luar biasa kerana kilang pemasangan terbaharu itu mula beroperasi hanya dalam tempoh kurang dari dua tahun sejak perjanjian antara DRB-Hicom dan Geely ditandatangani.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *