Maxis dipilih Ideal Property Group bawa kesalinghubungan fiber

Maxis dipilih Ideal Property Group bawa kesalinghubungan fiber

Maxis bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan.

Maxis bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan.

SHAH ALAM – Syarikat telekomunikasi gergasi, Maxis bekerjasama dengan Ideal Property Group, pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang untuk membawa kesalinghubungan fiber ke kediaman dan perniagaan.

Melalui perkongsian ini, Maxis memanfaatkan binaan fibernya sendiri untuk memberikan pengalaman internet yang unggul dan tawaran fiber yang menarik bagi pembangunan bercampur di Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Claire Featherstone berkata, sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, syarikat itu akan mereka bentuk, membekal dan memasang infrastruktur telekomunikasi untuk perkhidmatan tetap.

“Ia akan melibatkan 12 projek komersial serta kediaman yang terdiri daripada 12,000 premis perniagaan dan kediaman. Perkongsian ini mewakili kerjasama berterusan Maxis dengan pemaju hartanah di negara ini dalam menyediakan penyelesaian jalur lebar dan kesalinghubungan berkelajuan tinggi.

“Sebagai penyedia kesalinghubungan konvergen yang terkemuka, Maxis berbesar hati untuk bekerjasama dengan Ideal Property Group. Melalui rangkaian, keupayaan dan tawaran fiber kami yang menarik, terdapat peluang besar untuk perkhidmatan digital bagi lebih banyak kediaman serta perniagaan,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Ideal Property Group, Tan Sri Datuk Alex Ooi Kee Liang pula berkata, kesalinghubungan telah menjadi aspek penting dalam kehidupan masyarakat dan mereka komited untuk membangunkan lebih banyak kediaman serta perbandaran yang memenuhi gaya hidup digital pelanggannya.

Ujar beliau, keupayaan Maxis dalam infrastruktur dan perkhidmatan rangkaian semestinya akan menambah nilai kepada perbandaran yang dibangunkan.

“Perkongsian ini merupakan langkah penting demi merialisasikan visi kami untuk menjadi pemaju hartanah bertaraf dunia,” jelasnya.

Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dan Penang International Exchange 1 dan 2 adalah antara pembangunan komersial di mana Maxis akan menjadi salah satu penyedia kesalinghubungan utama di bawah perjanjian itu.

Taman Teknologi Pulau Pinang@Bertam dijangka membawa masuk pelabur yang berpotensi untuk industri seperti semikonduktor, peranti perubataan, aeroangkasa dan lain-lain.

Sumber