Masjid yang menjadi ‘jantung’ ibu kota

Masjid yang menjadi ‘jantung’ ibu kota

BAGI warga ibu kota, Masjid Wilayah Persekutuan pasti tidak asing lagi buat mereka.

Terletak di sebuah kawasan berbukit Jalan Duta, berhampiran susur masuk ke pusat bandar raya Kuala Lumpur, pembinaan masjid itu dimulakan pada 16 Mac 1996 dan siap pada 25 Oktober 2000.

Masjid yang berusia hampir dua dekad ini sebenarnya dibina di atas tapak bekas mahkamah dan pejabat kerajaan.

Pembangunan Masjid Wilayah Persekutuan itu hasil ilham Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang pada ketika itu menjadi Perdana Menteri keempat.

Menariknya, pembinaan masjid ini adalah berkonsepkan masjid Othmaniah di Turki. Seni bina dan hiasan dalamannya pula merupakan kombinasi reka bentuk tradisi Melayu Malaysia dan Timur Tengah.

Dalam satu-satu masa, masjid berkeluasan 47,000 meter persegi itu mampu menempatkan 17,000 jemaah.

Bangunan masjid ini dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail pada 18 Februari 2005.

(Sumber: Portal Rasmi Masjid Wilayah Persekutuan & Arkib Negara Malaysia)



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *