Malaysia #QuranHour sejajar dengan gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

Malaysia #QuranHour sejajar dengan gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’

PUTRAJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyifatkan program Malaysia #QuranHour yang diasaskan Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI) sejajar dengan gagasan ‘Rahmatan Lil Alamin’ diperjuangkan kerajaan hari ini.

Menurutnya, program menggunakan pendekatan unik iaitu bertadabbur secara tidak langsung turut menggalakkan lebih ramai memahami dan menghayati setiap ajaran terkandung dalam kitab suci umat Islam.

“Saya selaku menteri bahagian agama menyokong penuh program ini (#QuranHour) kerana ia membantu hasrat kerajaan selama ini yang mahukan supaya kita (umat Islam) menghayati setiap satu ajaran yang ada dalam al-Quran khususnya dari segi akhlaknya, penghayatan dan lebih penting dari sudut kita hidup dalam satu masyarakat yang berbagai kaum, bangsa dan agama.

“Jadi untuk tahun ini, kita sambut (penganjuran Malaysia #QuranHour) sebagai rakan strategik kerana kita selari dengan hasrat kerajaan yang mahukan umat Islam di negara ini terus menghayati al-Quran.

“Ia selari dengan dasar ‘Rahmatan Lil Alamin’ sebagai satu gagasan negara yang tidak lari daripada kehendak untuk pastikan setiap umat Islam hayati setiap satu ajaran dalam al-Quran,” katanya pada sidang media sebaik selesai program Malaysia #QuranHour 2019 di Masjid Putra di sini hari ini.

Mujahid berkata, meskipun pelaksanaan program dengan memberi fokus kepada surah-surah tertentu hanya berlangsung satu jam, namun kesan diterima sangat positif.

“Jadi, saya fikir program ini mesti diteruskan lagi di seluruh negara agar kita sama-sama terus hayati al-Quran,” katanya.

Untuk rekod, penganjuran Malaysia #QuranHour yang memasuki edisi kelima tahun ini juga menyaksikan kolaborasi pertama antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan WUI selaku penganjur utama.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia #QuranHour gelombang mengupayakan ummah dengan al-Quran



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *