Malaysia #QuranHour jadi acara tahunan sekolah

Malaysia #QuranHour jadi acara tahunan sekolah

DUNGUN – Bagi mengajak masyarakat Islam kembali kepada ajaran al-Quran, seramai 150 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sura membaca kitab suci itu beramai-ramai sempena Malaysia #QuranHour 2019 hari ini.

Penyelaras programnya, Nik Azmi Nik Nor berkata, program Malaysia #QuranHour sudah menjadi acara tahunan sekolah itu sejak tiga tahun lalu.

“Untuk tahun ini, kita teruskan lagi kerana penganjuran program ini memberi impak besar kepada pelajar.

“Menerusi program ini, kita dapat bina budaya membaca, memahami, menghayati dan mengamalkan ajaran al-Quran dalam kalangan pelajar Islam,” katanya.

Barisan guru SMK Sura yang menjayakan Malaysia #QuranHour.

Barisan guru SMK Sura yang menjayakan Malaysia #QuranHour.

Pada program itu, pelajar membaca al-Quran beramai-ramai dipimpin seorang guru agama, Ustaz Mohd Ikram Ghazali sebelum peserta turut mendengar terjemahan dan tafsir ayat yang dibaca.

Turut menyertai Malaysia #QuranHour ialah Kolej Vokasional Dungun dengan penglibatan seramai 450 pelajar.

SMK Sura merupakan antara perintis yang melaksanakan program World #QuranHour di Dungun dan mereka turut menyertai World #QuranHour pada Mei lalu.



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *