Malaysia Menang Hak Penganjuran Forum Arkitek Sedunia 2024

Malaysia Menang Hak Penganjuran Forum Arkitek Sedunia 2024

Hak penganjuran persidangan arkitek sedunia berprestij berjaya dimenangi oleh negara Malaysia iaitu Forum Antarabangsa Union Internationale des Archietectes (UIA) 2024 pada November 2024 bertempat di Kuala Lumpur.

Ketika pembidaan Malaysia Convention & Exhibiton Bereau bersama Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) berlangsung, kemenangan tersebut telah dimeterai melalui UIA 148th Council Meeting dan Extraordinary General Assembly di Madrid, Sepanyol.  Selain itu, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dimana YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri sendiri turut menyokong dan menyampaikan kesediaan negara melalui siaran radio.

Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) akan memastikan persidangan ini sentiasa berusaha untuk mencapai Deklarasi Global untul kemanusiaan bagi kesemua komuniti arkitek serata dunia dan mencapai tahap kemajuan dalam pembadaraan moden seiring membina warisan abadi dalam situasi yang mampan dalam tema ‘Diversecity, Humanity and Sustainable Growth’.

Selain itu, anggaran RM 43.4 juta impak ekonomi dijana melalui melebihi 2,000 delegasi yang dipamerkan sepanjang persidangan ini dan sebanyak RM 18.5 juta dari perbelanjaan delegasi kepada ekonomi negara.

Pembentangan berbentuk hibrid tersebut telah berlangsung di UIA 148th Council Meeting dan Extraordinary General Assembly di Madrid.  Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail (Pengerusi, UIA 2024), Ar. Sarly Adre Sarkum (Presiden, PAM), Ar. Alice Leong (Timbalan Presiden, PAM), Ar. Ahmad Najib Ariffin (Pengarah, Nusantara Academy of Development), dan Noor Ahmad Hamid (Ketua Pegawai Operasi, MyCEB) termasuk 16 anggota delegasi lain termasuk Tan Sri Dato’ Sri Ar Haji Esa Haji Mohamed (Bekas Presiden PAM dan UIA) merupakan individu yang mewakili pasukan Malaysia.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri selaku Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyatakan “Forum UIA ini menyediakan peluang besar daam menyatukan komuniti arkitek global untuk berkongsi pandangan intelektual tentang usaha dan cara mencapai sesebuah bandar tertumpu pada kemanusiaan dan pertumbuhan yang mampan.  Industri acara perniagaan ini merupakan satu pasaran yang amat menguntungkan jika negara bijak memanfaatkannya.  Ini adalah bertempatan dengan hasrat MOTAC untuk membida lebih banyak acara perniagaan ke Malaysia”.

Di samping itu, “melalui MyCEB, Malaysia telah memenangi sebanyak 149 acara perniagaan yang akan diadakan di negara kita dari 2022 hingga 2030 di mana akan menjangkakan sebanyak 71,744 delegasi antarabangsa dan menyumbang sebanyak RM 1.3 bilion dalam anggaran impak ekonomi ke negara” tambahnya lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB iaitu Dato’ Sri Abdul Khani Daud meluahkan “Forum berprestij ini sejajar dengan visi kami agar setiap acara perniagaan yang dianjurkan di Malaysia akan meninggalkan wawasan yang lebih baik, warisan yang berkekalan dan satu dossier untuk memperjuangkan arkitek dan generasi akan datang.  MyCEB ingin megucapkan ribuan terima kasih kepada MOTAC atas sokongan yang telah diberikan dan berharap agar peruntukkan yang disalurkan kepada industri ini diberi perhatian agar MyCEB dapat meneruska usaha pembidaan untukk terus menjana lebih banyak acara perniagaan antarabangsa pada berskala lebih besar ke Malaysia di masa akan datang.

Datuk Ar. Ezumi Harzani Ismail, Pengerusi Forum Antarabangsa UIA 2024, berkata “Hasil dari kolaborasi bersama MyCEB, kami berbangga dapat mempamerkan Malaysia dan telah menjadi pasukan negara yang pertama yang berjaya membawa Forum Antarabangsa UIA ke rantau Asia Tenggara. PAM sangat berterima kasih kepada wakil pengundian UIA dan MyCEB atas peluang yang telah diberikan.”