Satu jaringan awal sudah cukup untuk Harimau Malaya mengaum di hadapan Palestin!
Aksi di Stadium Sultan Ibrahim semalam menyaksikan Joao Figueiredo meledak gol ketiga berturut-turut bersama skuad negara, selepas menyambar hantaran rendah Quentin Cheng seawal minit ke-3.
Walaupun Palestin cuba bangkit, benteng Malaysia yang dipimpin Dion Cools kekal utuh, memastikan pasukan pelawat pulang hampa tanpa sebarang jaringan.
Ketua jurulatih, Peter Cklamovski jelas gembira dengan persembahan anak buahnya. “Saya bangga kerana mereka bukan sahaja bermain mengikut taktikal, tetapi juga menunjukkan disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi,” katanya.
Kemenangan ini menambah keyakinan Harimau Malaya selepas turut menewaskan Singapura minggu lalu. Fokus kini beralih kepada aksi kelayakan Piala Asia di mana Malaysia mahu terus membuktikan mereka bukan lagi pasukan mudah digugat.