Malaysia Airlines perluas perkhidmatan carter ke Jepun

Malaysia Airlines perluas perkhidmatan carter ke Jepun

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines akan memperluaskan perkhidmatan carternya ke Jepun selepas memeterai perjanjian dengan syarikat pengurusan pelancongan Apple Vacations & Conventions Sdn Bhd untuk menyediakan penerbangan carter dari sini ke Hokkaido, Jepun, pada Disember.

Dalam kenyataan bersama, mereka berkata syarikat penerbangan itu akan menyediakan enam penerbangan carter terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang New Chitose dari 5 Disember hingga 29 Disember.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Izham Ismail berkata penerbangan carter ini akan menggunakan satu daripada pesawat Airbus A330-300.

“Kami berharap dapat memperluaskan perkhidmatan carter kami ke Jepun dan membolehkan lebih ramai penumpang menggunakan perkhidmatan Hospitaliti Malaysia kami yang tiada tandingan,” katanya. – Bernama



Sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *