Makan Malam Amal Anuar Zain-“Karena Aku Cinta”

Makan Malam Amal Anuar Zain-“Karena Aku Cinta”

Makan malam amal Anuar Zain “Karena Aku Cinta” bakal diadakan 5 Mac 2022 ini di Ipoh International Convention Centre,IICC bermula pukul 8.30 malam bagi menghargai dan menyalurkan bantuan kepada anggota barisan hadapan “frontliners” yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang pandemik Covid-19 dan juga menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan akibat Pandemik Covid-19.
“Majlis makan malam amal anjuran bersama Bond Holdings Sdn Bhd,Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Sycal Ventures Berhad ini bertujuan untuk berhibur sambil beramal.Malah jemputan rasmi juga telah dipersembahkan kepada Duli-Duli Tuanku Perak”. Kata ketua Pegawai Eksekutif Bond Holddings Sdn Bhd,Encik Ong Teng Boon.

Peraturan dan SOP yang ketat akan dilaksanakan dimana hanya 40% kapasiti dewan dibenarkan dan setiap meja tidak melebihi 6 orang. Speaker DUN Perak, YB Dato’ Mohammad Zahir Bin Abdul Khalid berkata, “Makan malam amal dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh, Bond Holdings Sdn Bhd, Sycal Ventures Bhd, Tourism Perak Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan beberapa agensi kerajaan lain ini akan merealisasikan tujuan murni ini, dalam masa yang sama dengan adanya program-program seperti ini dapat menaikkan nama Negeri Perak sebagai destinasi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara. Kami berharap dalam proses pemulihan ekonomi ini, industri pelancongan & kesenian Perak akan dapat dipertingkatkan, di samping memperkenalkan Ipoh international Convention Centre (i1CC) di mata dunia. Ipoh International Convention Centre (ICC) merupakan mercu tanda bagi negeri Perak khususnya di Bandaraya Ipoh dengan keluasan 32,000 kaki persegi.”

Penganjuran makan malam amal ini sebagai salah satu platform bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada anggota-anggota barisan hadapan serta keluarga “Frontiiners” yang terkorban ketika menjalankan tugas sepanjang Pandemik Covid-19 dan menghargai penggiat seni tempatan yang terkesan kerana Pandemik Covid-19. Malah ia juga bertujuan untuk mengembalikan kemeriahan industri muzik selepas pandemik.

Tambah Ong Teng Boon lagi, orang ramai dijemput hadir untuk sama-sama menyaksikan Makan Malam Amal Anuar Zain — “Karena Aku Cinta” ini bagi berhibur sambil beramal. Harga tiket dari RM 230.00, RM280.00 dan RM380.00. Sebarang info lanjut dan pembelian tiket boleh hubungi atau WhatsApp di talian Oll-36088001 atau boleh dapatkan tiket di kaunter tiket Bond Suites Sales Gallery @ ICC. Diharapkan para peminat Anuar Zain khususnya datang dan menyokong Makan Malam Amal tersebut dan dengan harga berpatutan ini dapat diraikan oleh orang ramai untuk berhibur di Ipoh dengan menikmati makan matam yang enak