MAJLIS “MALAM PENGHARGAAN MEDIA INVEST SELANGOR BERHAD 2019”

MAJLIS “MALAM PENGHARGAAN MEDIA INVEST SELANGOR BERHAD 2019”

SUBANG JAYA -— Invest Selangor Berhad hari ini telah menganjurkan Majlis “Malam Penghargaan Media Invest Selangor Berhad” di Dorsett Grand Subang Hotel, Selangor yang disempurnakan oleh Y.A.B Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Objektif utama majlis ini dianjurkan adalah bagi memberikan penghargaan serta merapatkan hubungan dua hala di antara pihak kerajaan Negeri Selangor dan Invest Selangor bersama rakan media yang telah membuat liputan berita dalam; mempromosikan usaha-usaha menarik pelaburan ke negeri Selangor. Ini merupakan satu penghargaan dari Kerajaan Negeri Selangor dan Invest Selangor kepada media cetak, media elektronik atau media digital/online yang telah banyak memberikan sumbangan dan impak yang positif di dalam usaha-usaha mempromosikan pembangunan ekonomi kepada negara Malaysia secara amnya dan _ negeri Selangor khasnya. lanya di mana peranan dan sumbangan pihak media adalah penting dan amat diperlukan bagi menyebarkan maklumat dan berita terkini bukan sahaja di dalam negara bahkan ke seluruh dunia.

Disamping itu juga bersempena dengan malam ini, Rakan-rakan Media Konglomerat turut diraikan dengan penerimaan Trofi Anugerah Khas bagi kategori “Rakan Media Invest Selangor Berhad” dan juga kepada Ketua Biro Negeri Selangor yang banyak membantu mempromosikan aktiviti-aktiviti berkaitan pelaburan di negeri Selangor sebagai penerima Sijil Penghargaan – Malam Penghargaan Media Invest Selangor Berhad 2019” Antaranya wakil-wakil agensi media media tempatan ialah:

  • RTM
  • MALAYSIAN NATIONAL NRWS AGENCY (BERNAMA);
  • MEDIA PRIMA BERHAD;
  • ASTRO (MEASAT Broadcast Network Systems Bhd);
  • AL HIJRAH MEDIA CORPORATION (TV AL HIJRAH);
  • COMMUNICATION CORPORATION SDN.BHD (TV SELANGOR);
  • FMT MEDIA SDN BHD;
  • FG MEDIA SDN BHD;
  • BFM 89.9;
  • UTUSAN (M) BERHAD;
  • KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD;
  • STAR MEDIA GROUP BERHAD;
  • SUN MEDIA CORPORATION SDN BHD;
  • MALAY MAIL;
  • THE CHINA PRESS BERHAD;
  • ORIENTAL DAILY NEWS;
  • NANYANG SIANG PAU;
  • MAKKAL OSAI TAMIL DAILY;
  • SIN CHEW DAILY;
  • GUANG MING RIBAO SDN BHD;
  • MALAYSIA NANBAN;
  • TMR MEDIA SDN BHD;

Invest Selangor Berhad selaku sebuah agensi milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab sebagai pemudah cara dalam urusan berkaitan pelaburan di dalam negeri Selangor bagi pelaburan sedia ada dan yang berpotensi ini, turut menyambut Ulang tahun penubuhannya yang ke-20 pada 1 Jun 2019 yang lalu dan diterbitkan bersama “Photobook Invest Selangor Celebration 20 Golden Years” bersama pada “Malam Penghargaan Media Invest Selangor Berhad 2019” ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *