llaollao sasar buka 20 cawangan baharu di Malaysia

llaollao sasar buka 20 cawangan baharu di Malaysia

JENAMA yogurt beku (froyo) Eropah terkemuka di dunia, llaollao menyasarkan untuk membuka 20 cawangan baharu di seluruh negara menjelang akhir tahun 2022 untuk memenuhi permintaan llaollao dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengarah Woodpeckers Group Sdn Bhd (pemilik jenama llaollao Malaysia), Tan Kai Young berkata, meskipun melalui masa yang sukar, llaollao telah berjaya menobatkannya sebagai jenama pilihan Malaysia yang diyakini pada hari ini.

“Sempena penambahan kedai baharu yang akan beroperasi di Malaysia, kami akan menganjurkan banyak promosi dan menyediakan koleksi produk yang inovatif supaya rakyat Malaysia dapat menghayati rasa jenama froyo kegemaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Kai Young berkata, llaollao telah melancarkan kedai flagship baharu dan terbesar di dunia di Malaysia yang terletak di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kakitangan Ilaollao di kedai flagshipnya yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.

Kakitangan Ilaollao di kedai flagshipnya yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur.

“Ia terletak di lokasi yang strategik di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan bakal mempamerkan eksklusiviti jenamanya dengan mencipta sebuah destinasi utama yang selesa untuk pelanggan menikmati yogurt beku sihat kegemaran mereka dengan ‘topping’ dan sos yang lazat.

“Pilihan tersebut terdiri daripada buah-buahan segar yang dipotong sehingga ke pilihan ‘topping’ rangup dan sos enak istimewa yang di import dari Sepanyol,” katanya.

Beliau berkata, sempena pelancaran itu, llaollao juga akan menyajikan barisan menu baharu seperti llaollao Brioche, llaollao Brownies, llaollao Frappe dan llaollao NEXT untuk memberi kebebasan kepada pelanggan mencipta versi mereka tersendiri dengan gabungan ‘topping’ yang pelbagai.

“Di llaollao, kepuasan dan kebahagiaan pelanggan kami sentiasa diutamakan. Ilaollao menyajikan kepada rakyat Malaysia sejak 2015 dan kami yakin dengan pelancaran kedai flagship terbesar dunia di salah satu destinasi membeli-belah ikonik di Malaysia,” katanya.


Beliau berkata, sebahagian daripada tawaran promosi pembukaan terbesar mereka, llaollao menawarkan diskaun eksklusif sebanyak 15 peratus untuk beberapa menu terpilih semasa pendaftaran di MyllaollaoClub.

“Dengan pelbagai pilihan menu baharu yang bakal disediakan di kedai flagship bersama ‘topping’ berkualiti tinggi yang diimport dari Sepanyol, llaollao yakin bahawa mereka dapat memberikan yang terbaik kepada peminat mereka bagi menikmati secawan froyo yang seimbang dari segi pemakanan dengan pilihan gabungan topping mengikut cita rasa tersendiri yang sedap di kedai flagship baharunya,” katanya.

Beliau berkata, peminat juga boleh membeli edisi pertama barangan llaollao termasuk beg tote, baju-T dan gelas secara eksklusif di kedai flagship atau melalui kedai rasmi llaollao di Shopee dan Lazada.

Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium

Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Sumber