Lestarikan Kerohanian Bersama Garden of Eid Festival (GOE)

Lestarikan Kerohanian Bersama Garden of Eid Festival (GOE)

Sebuah festival bersifat Islamik dan santai namun menghiburkan kini dipersembahkan oleh Kuala Lumpur Garden of Eid Festival 2022 buat julung kalinya dalam suasana endemik di Malaysia sebagai acara meraikan dua perayaan terbesar umat Islam iaitu Aidilfitri dan Aidiladha yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 sehingga 29 Mei 2022 bermula 10 hingga 10 malam.

Festival ini diberikan nama yang cukup indah iaitu Garden of Eid Festival yang diilhamkan daripada aksara Garden yang membawa maksud taman yang digambarkan di dalam Al-Quran sebagai Jannah atau syurga.  

Kelestarian rohani dan agama serta membawa pendekatan hiburan yang bersesuaian denga syariah sekaligus mengusung pendidikan bermanfaat buat semua lapisan masyarakat adalah konsep yang difokuskan sepanjang festival ini berlangsung.  ‘The Great Reunion’ diangkat sebagai tema metafora kepada kegembiraan selepas berjaya mengahrungi pelbagai rintangan dunia termasuk kepayahan melewati fasa endemik.

Barisan selebriti popular dengan nama yang sentiasa membesarkan mesej positif dalam karya turut dihimpunkan bersama bagi menyemarakkan Garden of Eid Festival.  Antaranya adalah Raihan, Datuk Jamal Abdillah, Faizal Tahir dan Naim Daniel serta Altimet sebagai pengacara yang akan muncul dalam persembahan kerohanian pada 28 Mei 2022 pada jam 8.30 malam bertempat di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur.

Khususnya buat para pencinta muzik dan elemen kerohanian sudah semestinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan persembahan daripada penyanyi yang diterbangkan khas daripada negara jiran iaitu Ahmad Dhani yang muncul dalam sebuah persembahan ‘Malan Munajat Cinta’ pada 29 Mei 2022, 8.30 malam di Panggung Anniversari.

Pelbagai aktiviti gaya hidup aktiviti masyarakat masa kini turut ditonjolkan tanpa membelakangkan agama seperti pertandingan papan seluncur (skateboarding) dan pendidikan kanak-kanak melalui kemuculan karekater animasi Islamik seperti Omar & Hana, Didi & Friends serta Ejen Ali.  Antara program menarik yang dimuatkan dalam Garden of Eid Festival seperti sesi perkongsian motivasi dan bual bicara santai mengenai kemanusiaan & Pendidikan Islam secara umum.  Di segmen ini, kolaborasi bersama Qalby, islamik aplikasi oleh Mizz Nina Ahlan Academy.

Makan beragam sering menjadi pelengkap bagi sesebuah karnival turut tidak ketinggalan bagi Garden of Eid Festival yang menampilkan juadah berkonsepkan ‘Flavors of Malaysia’ dijual dari trak makanan akan memenuhi cita rasa pengunjung.  Budaya sambutan perayaan dari beberapa negara Nusantara dan jiran termasuk Bruneri, Indonesia dan Thailand siap menyapa pengunjung yang hadir.

Garden of Eid Festival berharap karnival ini dapat dijadikan acara tahunan lagi bagi merancakkan ekonomi, menaikkan industri dan menjadi produk pelancongan halal bagi Kuala Lumpur Malaysia.  Garden of Eid sudi membuka peluang kepada Kementerian Wialayah Persekuatuan bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk mendukung acara ini buat masa hadapan sekaligus kepada Kementerian Pelancongan Malaysia untuk bekerjasama di masa akan datang bagi menyajikan program-program yang dianggap dapat menarik pelancong luar untuk mempelajari cara-cara sambutan Aidilfitri juga budaya-budaya di Malaysia.